Seo Services

ADAKAH BUAIAN BAYI SELAMAT ?

Assalamualaikum

Di Malaysia, seperti kebanyakan komuniti Asia Tenggara, sarung yang digunakan untuk bayi tidur adalah buaian kain yang diperbuat daripada fabrik kapas atau batik, tradisional yang dilekatkan pada spring dan digantung di alang siling atau susur tangga. Ia juga dikenali sebagai buaian kain, buaian sarung atau sarung buaian.

Buaian sarung sangat mudah digunakan. Bayi pon tidur lebih lama apabila diletakkan dalam buaian. Tapi, sejauh mana keselamatan bayi yang menggunakan buaian ini?

Tapikan selamat ke tak eh buaian sarung ni ?

Persoalan keselamatan telah diajukan beberapa tahun kebelakangan ini, dengan laporan beranekdot jatuh atau kecederaan. Namun begitu, terdapat hanya beberapa kajian mengenai keselamatan buaian sarung tradisional.

Satu kajian di Singapura pada tahun 1997 telah mendokumenkan kes kecederaan kepala pada kanak-kanak yang jatuh keluar dari buaian sarung semasa mereka tidur, bermain atau menyusu. Kanak-kanak ini telah dirawat di Jabatan Kemalangan & Kecemasan di Wad Pembedahan Saraf dan Unit Jagaan Khas Pembedahan Saraf. Tiada sebarang kematian dilaporkan tetapi kajian telah merumuskan bahawa terdapat potensi untuk kecederaan yang lebih serius.

Ramai pakar kesihatan dan pakar penjagaan bayi menyarankan supaya tidak menggunakan buaian sarung. Dr Winston Yong, seorang pakar pediatrik di Lembah Klang dan pakar BabyCenter berkata, "Saya sentiasa menasihatkan ibu bapa supaya sangat berhati-hati apabila menggunakan buaian sarung sebab kecederaan boleh berlaku. Selalunya saya menggalakkan supaya bayi tidur di dalam kot."

Kalau macam ni saya nak gantikan dengan apa buaian sarung ni ? 🤔

Haaa nak tahu kan ?. Next post cikgu akan share alternatif kepada buaian sarung ini. Stay tuned 😊

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Sumber : Babycenter.com

0135819100 Cikgu Basariah
ADAKAH BUAIAN BAYI SELAMAT ? ADAKAH BUAIAN BAYI SELAMAT ? Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Disember 29, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.