Seo Services

Berinteraksi dengan pengasuh

Assalamualaikum

KALAU SAYA BERJUMPA PENGASUH APA YANG PERLU SAYA TANYA ?

Nak pilih pengasuh ni kita kena selidik betul-betul.

Oleh itu, perlu bagi anda sebagai ibu bapa untuk meluangkan sedikit masa berbincang dengan bakal pengasuh mengenai pendekatan mereka terhadap sesetengah perkara supaya anda tahu bahawa anda berdua bersefahaman mengenai isu-isu penting berkaitan penjagaan anak.

Antara soalan yang boleh anda tanya kepada bakal pengasuh anda :

✅ Apakah pendekatan anda mengenai disiplin? Bagaimanakah cara anda mendisiplinkan kanak-kanak? Adakah umur kanak-kanak itu turut diambil kira? Apakah yang anda sifatkan sebagai kelakuan buruk?

✅ Apakah makanan kegemaran anda untuk disajikan kepada anak-anak? Apakah yang anda biasanya hidangkan kepada mereka? Berapa kerapkah anda membenarkan mereka makan snek, gula-gula dan kuih-muih yang manis?

✅ Bolehkah anda gambarkan satu hari yang biasa kepada saya?

✅ Apakah jenis aktiviti yang anda lakukan bersama-sama kanak-kanak ini? Bolehkah saya lihat beberapa contoh?

Jangan malu untuk bertanya. Sesetengah soalan kelihatan tidak penting, tetapi anda berhak untuk tahu bagaimana anak anda akan dilayan. Tidak ada jawapan yang betul atau salah, tetapi pengasuh yang baik ialah yang memberikan jawapan hampir sama dengan pendapat anda sendiri.

Seorang pengasuh mempunyai pengaruh besar kepada anak-anak dalam jagaan mereka dan anda harus membuat lawatan seberapa kerap yang boleh, dan tanyalah soalan sehingga anda benar-benar puas hati.

Sentiasa bertanya kepada pengasuh anda supaya anda dapat melihat perkembangan anak anda disamping mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sentiasalah luangkan masa untuk berinteraksi dengan pengasuh untuk mengetahui aktiviti anak anda seharian sepanjang ketiadaan anda

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #BedakAsmak

Mencari produk selamat dan berkesan buat keluarga anda? Jom cuba produk Asmak By Mhamsb. Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Berinteraksi dengan pengasuh Berinteraksi dengan pengasuh Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Disember 20, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.