Seo Services

KALAU SAYA NAK JUGA PAKAI BUAIAN SARUNG MACAM MANA ?

Assalamualaikum

Benda ni biasa dikalangan ibu-ibu diluar sana nak pula ada ibu diluar sana tak mampu nak beli buaian moden. Jika nak pakai buaian sarung pastikan anda mengikut langkah ini :

✅ Letakkan tilam gulung atau alas katil yang tegap bawah buaian sarung supaya jika bayi anda jatuh, dia tidak akan terhentak ke lantai.

✅ Sentiasa letakkan bayi anda di dalam buaian sarung dalam keadaan menelentang dan bukan meniarap.

✅ Laraskan ketinggian rangka atau kepanjangan spring supaya buaian sarung seberapa dekat ke lantai yang boleh.

✅ Semakin bayi anda membesar, pastikan berat tambahannya tidak menarik buaian sarung jauh ke bawah supaya kepalanya tidak terkena ke lantai apabila dibuai.

✅ Jangan letakkan sebarang bantal, selimut atau alas katil yang lain dalam buaian sarung.

Rumah kampung dulu-dulu ada alang. Buaian biasa digantung dari alang dan lebih selamat kerana struktur alang yang kuat

Jika anda mahu menggantungkan buaian sarung pada rangka boleh lipat, dapatkan rangka empat segi yang yang stabil dan tegap, berbanding dengan yang menggantung buaian sarung pada rangka tiga segi (ini kurang stabil dan lebih mudah terbalik).

Semoga Bermanfaat !


#infobymhamsb #MinyakHerbaAsmak

Hari ni hari akhir promosi pengedar RM100 tau. Kalau ada yang berminat, cepat-cepat pm cikgu ya 😄
0135819100 Cikgu Basariah
KALAU SAYA NAK JUGA PAKAI BUAIAN SARUNG MACAM MANA ? KALAU SAYA NAK JUGA PAKAI BUAIAN SARUNG MACAM MANA ? Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Disember 31, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.