Seo Services

Ubat gigi sesuai untuk baby

NAK GUNA UBAT GIGI APA YA UNTUK ANAK SAYA?


Harini cikgu nak share mengenai pemilihan ubat gigi yang sesuai dengan si comel anda.

Takkan nak gunakan darlie atau colgate untuk si comel anda. Bahaya tu.

Dalam ubat gigi, kandungan yang penting adalah fluorida. Fluorida adalah bahan aktif dalam ubat gigi yang membantu mencegah pereputan gigi. Tetapi ia juga boleh membahayakan jika digunakan terlalu banyak.

Sewaktu memilih ubat gigi, semak kadar fluorida yang tertera di bungkusan:

➡ Kanak-kanak di bawah tiga tahun sepatutnya menggunakan ubat gigi dengan kadar fluorida yang rendah iaitu kira-kira 1000ppm (bahagian per sejuta).

➡ Kanak-kanak berusia lebih tiga tahun boleh menggunakan ubat gigi biasa, dengan syarat kadar fluoridanya tidak melebihi antara 1350ppm dan 1500ppm.

Gunakan sedikit sahaja ubat gigi seperti dicadangkan dan galakkan si comel meludah semula. Jika anda ikuti garis panduan ini, ubat gigi berfluorida rendah dan ubat gigi biasa adalah selamat digunakan, termasuklah di mana jika fluorida telah dicampurkan di dalam air.

Menelan sejumlah besar fluorida boleh merosakkan gigi, menyebabkan warna gigi tidak sekata, malah boleh juga menyebabkan muntah-muntah dan cirit birit.


❌ Elakkan juga memilih ubat gigi dengan perisa buah-buahan supaya anak-anak anda tahu ubat gigi bukanlah makanan. ❌

Jika si comel masih lagi menelan ubat gigi, bertukarlah kepada jenama yang mempunyai kadar fluorida 550ppm atau kurang.

Lepasni dah tahu dah nak pilih ubat gigi yang sesuai untuk si comel anda. 😊

Jadilah ibu bapa yang bijak dan peka.

Next post cikgu akan kongsikan cara menggosok gigi si comel anda dengan betul

Stay tuned !

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak


Sumber : Babycenter.com

Sakit gigi? Cuba sapuan minyak herba asmak di pipi 😄
0135819100 Cikgu Basariah
Ubat gigi sesuai untuk baby Ubat gigi sesuai untuk baby Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Disember 12, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.