Seo Services

Realiti berbisnes!

[ORANG 'LUAR' JE NAMPAK BISNES NI 'SENANG']

Yer la kan.. Orang nampak kita macam have2 jer.. Macam duk goyang kaki duit masuk lancar jer..

Dia tak tau kita siang malam hari2 duk berkicap kerja tak habis2 ..

Pada Orang luar Dunia bisnes pulak, bila putus duit, senang jer datang tadah tangan minta 'PINJAM' duit niat tak pulang balik dari orang bisnes  ..

Ingat yer, orang memberi pinjam duit tu bukan sebab ada banyak lebih tapi memikirkan si nak pinjam duit ni lebih memerlukan..

Duit yg ada tu pun duit modal diketepikan sekejap..

Dan hati dan akal orang bisnes memang macam tu.. Bagi jer, duit boleh dicari ganti, tapi relationship kena jaga..

Akhirnya, bertapuk duit pinjam kita tak dibayar balik..

Duit nak rolling buat modal lesap..

Saper kata hidup orang bisnes senang?

Kena lah nampak senang takut nanti orang tak konfiden dengan kita.

Personal Branding mazhab menipu diri sendiri ni.

Acah2 berjaya.. Biar papa asal bergaya. Berpada2 lah yer.

Posting gambar di Sosial media dlm kereta mewah, makan di Hotel berbintang2..

Acah2 banyak duit berkepuk.

Muka kena mau senyum selalu walau dalam hati DIA sahaja yang tahu..

Sewa kedai, gaji staffs, bil api bil air, hutang supplier.. Semua serentak duk kena pikir... Setiap masa, setiap hari, setiap minggu...

Berulang2..

Tapi depan customers? Muka kena mau senyum, bahasa tubuh nampak konfiden kena jaga.. Jangan selebet ya..

Siapa kata hidup Orang bisnes senang?

Dah tu, apasal tak berhenti jer dan pergi makan gaji..

Haaa! Yang tu hanya orang bisnes jer yang paham.. Diorng ja yg boleh jawab!

Banyak lah versi jawapannya kalau ditanya kpd ramai usahawan ..

Tapi lah kan, pada pendapat peribadi saya..

Dunia bisnes boleh menyediakan kita peluang2 nak buat baik nak buat amal nak buat jariah nak beribadat secara lebih efisien dan efektif.

Siap bagi peluang berbuat kebajikan sistem multi-level lagi.. Hanya kepada mereka yg faham dan hanya kepada mereka yg cekap menggunakan peluang.

Hidup orang bisnes tak senang tapi itulah pengorbanan utk sesuatu yang lebih besar yang hasilnya berterusan, terus-menerus di kemudian hari nanti.

Nak give up berbisnes? Rugi la weii..

Selamat berbisnes.

Kredit: Sahar Sahad

Salam Nuzul Al Quran

Takziah buat rakyat jelata Pahang atas pemergian sultan yang dikasihi



0135819100 Cikgu Basariah
Realiti berbisnes! Realiti berbisnes! Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Mei 22, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.