Seo Services

Bolehkah ibu hamil makan madu?

Khamis, Oktober 31, 2019
MADU UNTUK IBU HAMIL
=====================


🐝 Menambah tenaga dan memberikan daya tahan selama kehamilan.
🐝Madu dapat meningkatkan nafsu makan ibu hamil.
🐝Membantu janin dalam kandungan tumbuh normal dan sihat.
🐝Menguatkan janin.
🐝Vitamin C yang terdapat pada madu, efektif untuk meningkatkan kecerahan dan daya tahan tubuh ibu hamil.
🐝Madu membantu mengurangkan rasa mual.
🐝Mencegah terjadinya penyakit Hepatitis B pada janin kelak.
🐝 Madu dapat mencegah ibu hamil terhindar dari berbagai penyakit selama kehamilan yang mungkin mengganggu janin.
🐝Madu memiliki nutrisi yang sangat kaya untuk kebaikan ibu hamil.


0135819100 Cikgu Basariah
Bolehkah ibu hamil makan madu? Bolehkah ibu hamil makan madu? Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Oktober 31, 2019 Rating: 5

Susah makan ubat?

Rabu, Oktober 30, 2019
TAKNAK MAKAN UBAT, BOLEH SAPU MINYAK ASMAK

Payah betul nak pujuk anak makan ubat, jenuh kejar satu rumah. Dan la selsema, batuk dan banyak kahak dia bantai menangis sbb kena paksa makan ubat, bertambah banyak la hingus dia.


Tapi bila sapu Minyak Herba Asmak dia nak pulak. Alhamdulillah lega dan Batuk Selsema dan kahak pun hilang.  Memang mujarab.  Kena simpan satu dalam 1st Aid Box setiap rumah.

Kegunaan Minyak Herba Asmak Mujarab

🌸 meredakan batuk
🌸 meredakan selsema
🌸 hidung tersumbat
🌸 batuk
🌸 luka kecil
🌸 mabuk perjalanan
🌸 mabuk laut
🌸 gigitan serangga
🌸 mudah tidur
🌸 menjauhkan nyamuk/serangga


Dapatkan segera dari cikgu tau 😘
0135819100 Cikgu Basariah
Susah makan ubat? Susah makan ubat? Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Oktober 30, 2019 Rating: 5

Kisah Si Hitam

Selasa, Oktober 29, 2019
KISAH SI HITAM BERJASA

Memang laris semenjak dua menjak permintaan minyak hitam Asmak ni.

Nak nak musim hujan sekarang.

Peralihan monsun.

Ada jer yang mudah kena selsema.
Ada jer yang mudah kena Asma.
Ada jer yang mudah kena batuk.

Korang dah cuba ker?

Waaaaajibbbb
Standby🙋😀.

Dalam gambar ni Minyak Herba Asmak 3ml cikgu buat versi roll on senang nak sapu kat anak. Buat bekal depa bawak ke sekolah. Luka ke sakit ke gatal ke apa ke, sapu je. Nak beli, ada je cikgu juai. H

angpa roger ja 😘



#AnakSihatHatiTenang
#HanyaSapuSapuJerPun

#SebotolPelbagaiGuna

0135819100 Cikgu Basariah
Kisah Si Hitam Kisah Si Hitam Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Oktober 29, 2019 Rating: 5

Betulkah stress penyebab susu badan tak cukup?

Isnin, Oktober 28, 2019
Assalamualaikum

Mitos atau fakta : STRESS menyebabkan susu tak keluar?
====================================



Sebelum itu kenapa mak mak stress?

+ risau nak masuk kerja, babysitter boleh jaga anak dengan baik tak?

+ risau susu EBM cukup tak cukup

+ stress tengok pagi pagi nak keluar rumah jalan jammed

+ risau sempat ke nak punch card hari ni

+ balik kerja nak ambil anak, nak masak lagi cepat cepat

+ pening fikir nak masak apa hari ni lepas balik kerja?

+ lain lain... Nyatakan sendiri

Betulkan mak mak banyak fikir? Bila banyak fikir last last stress, sakit tulang belikat dan kepala berdenyut denyut kan.

.

Balik ke soalan asal. Sebelum jawap soalan kita berkenalan duku dengan dua makhluk utama yang peranannya sangat penting dalam penyusuan susu ibu.

Makhluk pertama nama dia PROLAKTIN.

Prolaktin ini sejenis hormon tau! Dia bukan jin. 😈 Dia duduk dalam badan kita untuk merembeskan susu. Susah la guna bahasa medikal, kita guna bahasa layman jer ye.😅

Prolaktin ni kerja dia bagi arahan pada kilang susu untuk keluarkan susu. Prolaktin dapat isyarat dari puting susu. Bila baby hisap jer mentol prolaktin bernyala dan susu akan dihasilkan.

Makhluk kedua pula nama dia OKSITOSIN.

Dia ni pun sejenis hormon. Dia pun duduk dalam badan kita. Dia bukan sejenis saka.😈

Kerja Oksitosin ni pula keluarkan susu. Bila susu keluar, baru baby dapat menyusu.
.

Jadi ada dua peringkat di sini iaitu HASILKAN dan KELUARKAN.

Prolaktin ==> bahagian pembuatan

Oksitosin ==> bahagian pengedaran

.

Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang konsep asal penyusuan adalah SUPPLY & DEMAND.

Kerana, prolaktin dirangsang mengikut keperluan dan kehendak bayi. Lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak prolaktin dirembes maka lebih banyak susu dihasilkan. Apabila bayi kurang menyusu, penghasilan susu pun merosot.

Tindakan prolaktin menyebabkan buah dada diisi semula dalam tempoh 2 3 jam. Untuk mengekalkan pattern ini, pastikan susu dikeluarkan. Susu yang penuh pada buah dada akan menekan sel sel kilang susu yang menyebabkan kilang berhenti production

Itu sebab, ibu yang berkerja perlu mengepam susu keluar. Kita mahu kekalkan pattern demand sentiasa ada walaupun baby tidak bersama kita.

.

Refleks oksitosin pula agak kompleks berbanding prolaktin kerana melibatkan psikologi.

Apabila ibu fikirkan tentang bayinya barulah oksitoxin muncul.

Apabila ibu terdengar tangisan bayinya barulah oksitoxin muncul.

Apabila ibu berkeyakinan tinggi barulah oksitoxin muncul.

Oleh kerana ibu berada dalam keadaan positif, barulah susu keluar. Hah! Tricky betul fasa keluarkan susu ni. Dia tak nak keluar tanpa rangsangan yang betul padahal susu ada.

.

Jadi, memang benarlah yang stress memang merencatkan pengeluaran susu.

Dah lah stok susu EBM tak cukup, dah risau dah, lagi risau lagi tak mahu keluar susu. Berapa ramai ibu macam ni?

Mulalah risau ambil macam macam. Ambil tu tak jalan, ambil ni tak jalan, semua tak kena. Last last give up. Ramai kan macam ni kan... So, nak ambil apa apa pastikan faham konsep asas ini. Memang ada supplement yang membantu. Pastikan jurujual/pharmacist/pengamal perubatan faham konsep asas bf baru mereka boleh advise. Sebab itu kena tahu juga history ibu supaya kita tangani mana yang priority.

Akhirnya sekali claim aku memang tak cukup susu. Hah! Tak baik cakap tu.. Sabotaj diri namanya.

Sebenarnya ilmu ini yang kita mungkin belum tahu.
.

So nak buat macamana?

Tangani stress dahulu.

Pertama, tarik nafas. Tarik nafas. Lepas. Tarik lagi...lepas. (ini proses kita nak masukkan oksigen lebih banyak dalam badan supaya kita boleh lebih rasional)

Kedua, istigfar istigfar istigfar. (ini proses kita maafkan diri kita dan mula connect kepada tuhan yang Maha Agung)

Ketiga, Tenang. Tenang. Tenang. Bila tenang, idea akan datang. Solusi dah mula nak bagi jalan.

Keempat, cari ilmu dan praktis.

Kelima, cari orang yang kita boleh rujuk. Yang boleh bagi kata positif.

Keenam, mesti boleh settle masalah ini bila Allah dah buka jalan dan kita yakin sangat yang tubuh badan kita memang magic akan bekerja untuk impian kita.
.

Selamat breastfeeding semua. Saya doakan anda berjaya. Hanya ibu bf yang memahami keperluan ibu bf yang lain.

Kredit Pn. Rafiza Idayu

Ibu boleh cuba Madu Kurma Merah dari Asmak ni. Kandungan bahan yang digunakan in shaa Allah membantu memperbanyak susu badan dan mengembalikan kecergasan ibu 😀


0135819100 Cikgu Basariah
Betulkah stress penyebab susu badan tak cukup? Betulkah stress penyebab susu badan tak cukup? Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Oktober 28, 2019 Rating: 5

Happy Deepavali

Ahad, Oktober 27, 2019
Assalamualaikum

Ada ke dalam kalangan sahabat blogger cikgu yang sambut Deepavali ni?

Kalau ada, poster ni cikgu tujukan khas buat kalian 😀



0135819100 Cikgu Basariah
Happy Deepavali Happy Deepavali Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Oktober 27, 2019 Rating: 5

Tips urut ibu hamil

Sabtu, Oktober 26, 2019








0135819100 Cikgu Basariah
Tips urut ibu hamil Tips urut ibu hamil Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Oktober 26, 2019 Rating: 5

Bestnya berbisnes dengan Asmak ❤️

Jumaat, Oktober 25, 2019
Assalamualaikum

Buat apa tu?

Hari ni dah mula cuti sekolah. Alhamdulillah dapat cuti 5 hari.
Syukur juga salah satu target cikgu tahun ni tercapai. Cikgu dah lama nak tambah dapur dan stor kat rumah cikgu. Allah izinkan semuanya selesai sebelum kami balik cuti hari ni.






Seronok bila nampak hasil kerja keras kita. Duit simpanan kerja + bisnes dapatla memperbesar rumah. Semoga lebih selesa selepas ini.

Buat surirumah ataupon pekerja yang nak bisnes sampingan, jomlah berbisnes dengan Asmak. Alhamdulillah tahun ni banyak yang cikgu target nak buat dapat dibuat. Kebanyakannya ditampung oleh duit dari bisnes Asmak ni. Kena pandai asing duit modal dan duit untung. Duit untung tu macam-macam boleh buat 😀



0135819100 Cikgu Basariah
Bestnya berbisnes dengan Asmak ❤️ Bestnya berbisnes dengan Asmak ❤️ Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Oktober 25, 2019 Rating: 5

Kisah The Spartans

Khamis, Oktober 24, 2019
KAMI TAK RAMAI TAPI KAMI ADA

Ha, ni lah dia wajah-wajah team kesayangan cikgu. Ada yang masuk ada yang tak nak masuk dalam gambar. Suka jadi belakang tabir katanya. Hihihi.

Cikgu cukup 'respect' dekat depa semua ni. Majoriti bekerja tapi dapat gunakan masa dengan baik sekali. Macam Munira Muhamad, ni seorang jururawat yang sangat komited.  Azuwa Shaari pon seorang guru yang komited dengan tugas hakiki dan sangat setia dengan Asmak. Jatuh cinta pertama kali selepas guna dan terus jadi agen. Dari agen, sekarang konsisten restok dengan title Superagen. Walau masih bekerja, tapi setiap bulan dapat buat jualan 3 ke 4 angka secara konsisten. Hebat kan? Tahniah my team #TheSpartans! ❤️

Ada juga ahli team kami surirumah sepenuh masa macam Nadia Shukri Nurul Nadia, Madihah Alhusainy, Anis Mira, Ainie Zakaria yang memang aktif dengan Asmak ni. Seronok dengar cerita dah boleh dapat gaji bulan-bulan macam orang bekerja juga. Duit jualan Asmak dapat bantu suami dan beli barang-barang yang diperlukan. Yang penting, fokus dan konsisten. Tahniah 'supermom' semua!

Dulu hangpa mesti perasan #Asmak4u057 kan? The Spartans ni adalah jenama baru team kami. Semoga nama baru ni dapat bakar semangat kami lebih lagi. Nama ni diilhamkan oleh salah seorang ahli team juga iaitu Nor Liyana Norli seorang guru cantik yang setia dengan Asmak dari awal cikgu jual produk ni. Antara perintis team kami ni lah. 


The Spartans ni pejuang yang tak cintakan dunia semata-mata. Rela bersusah payah demi mencapai impian. Doakan ikatan kami terus utuh bukan samata-mata kerana bisnes namun kerana Allah.



0135819100 Cikgu Basariah
Kisah The Spartans Kisah The Spartans Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Oktober 24, 2019 Rating: 5

Rawat resdung sebelum parah

Rabu, Oktober 23, 2019
Assalamualaikum

Cikgu nak cerita ni.

Baru-baru ni salah sorang rakan sekerja cikgu mai jumpa cikgu. Dia bagitau nak beli Asmak Herbs lagi.

Sebenarnya dah lama juga dia ni tak beli dari cikgu.

Dia buka cerita. Katanya, Asmak Herbs ni dia beli untuk anak dia. Anak dia ni yang resdung teruk. Bangun pagi-pagi je dok bersin bersin. Pastu muka jadi gatal dan jerawat tumbuh banyak.

Cikgu pon syorkan guna Minyak Herba Asmak untuk sapuan luaran dan makan Asmak Herbs untuk rawat dalaman. Masa cikgu follow up botol pertama tu dia kata dah ok. Syukur, alhamdulillah.

Dah banyak bulan jugakla pastu dia tak beli ubat resdung ni. Tup tup semalam mai jumpa cikgu bagitau nak beli.

Ceritanya, dia sekeluarga singgah makan kat satu gerai laksa ni. Memang sedap la laksa dia. Balik dari situ, resdung anak dia jadi balik. Dok bersin semula macam hari tu. Tu yang dia teringat ubat ni. Kebetulan dah habis langsung dah.

Makanya, semalam cikgu pon hantarlah sebotol Asmak Herbs ni kat dia. Semoga dapat membantu mengurangkan simptom resdung anak dia ni. Ubat ni kalau dah ok, makan bila perlu je. Jangan risau kena makan hari-hari.

Resdung ni hangpa jangan buat main tau. Kalau tak rawat dan cegah, nanti dia makin parah. Nak buat kerja apa pon tak boleh. Kepala pon asyik sakit je nanti.





Ha, kalau hangpa tak tau mana nak beli, hangla mai roger ja cikgu na 😘

0135819100 Cikgu Basariah
Rawat resdung sebelum parah Rawat resdung sebelum parah Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Oktober 23, 2019 Rating: 5

Bukan biasher biasher

Selasa, Oktober 22, 2019
Assalamualaikum

Asyik cerita pasal Batuk, Selesema, Kahak, Asma je kali ni nak cerita pasal #Luka pulak. Kepala anak luka terkena bucu meja.
.
.
Saje nak sharing anak tadi, kene bucu papan mari, habis darah tubik laju.



Cepat2 ambik Minyak Asmak untuk stopkan bleeding tu, Alhamdulillah, sapu2 Minyak Asmak, terus stop darah. Pahtu la baru boleh settle g klinik.

Kredit : Puan Fatanah Md Nor
.
.
Yes!! Kalau Mummy2 ada dalam situsai Puan Fatanah mesti gelabah jugak kan?? Gila tak gelabah kita sendiri pun gelabah wei nak2 pulak darah banyak macam tu mau pengsan kalau jenis tak boleh tengok darah.
.
Mujur Puan Fatanah teringat Minyak Herba Asmak cepat2 sapu. Menurut Puan Fatanah, dia main sapu je kat tempat berdarah tu sebab darah banyak dan rambut dah halang kawasan luka. Alhamdulillah sapu2 je darah terus stop. Lepas tu baru bawak pergi klinik untuk rawatan selanjutnya.
.
Nampak tak kelebihan Minyak Herba Asmak?? Sebab tu kata WAJIB ada sebotol Minyak Herba Asmak kat rumah. Boleh jadi penyelamat masa kecemasan. Tak rugi beli tau 😉.

0135819100 Cikgu Basariah
Bukan biasher biasher Bukan biasher biasher Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Oktober 22, 2019 Rating: 5

Salam Isnin

Isnin, Oktober 21, 2019
Assalamualaikum



Berhenti menyakiti orang lain melalui lisan atau pon perbuatan. Membahagiakan orang kan lebih baik? Orang yang bahagia, adalah orang yang lebih suka membahagiakan orang lain. 😘

0135819100 Cikgu Basariah
Salam Isnin Salam Isnin Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Oktober 21, 2019 Rating: 5

Ada cerita ceritalah

Ahad, Oktober 20, 2019
Assalamualaikum

Alhamdulillah pagi-pagi ni cikgu sekeluarga menerima kunjungan agen dari Manjung. Dapatla kami dua keluarga bersarapan pagi bersama-sama.

Lama tak berhimpun. Last berhimpun ramai-ramai ni masa Family Day Team Asmak4u057 sebelum bulan puasa hari tu.

Seronok dapat jumpa sekali lagi ramai-ramai. Anak-anak pon suka dapat jumpa kawan-kawan depa. Dalam Asmak ni, kami umpama satu keluarga besar. Seronok dapat berukhuwah macam ni.

Sambil makan dan layan anak sempat jugaklah cikgu cerita dan bagi agen cikgu cuba set berpantang Care Me dari Asmak ni. Memang best. Bau baby balm dan baby oil dia memang lembut dan segar. Semua dalam set ni berwarna putih jadi tak perlu risau kalau baju jadi kotor.

Agen cikgu ni namanya Munira. Beliau seorang jururawat di Manjung. Dalam set berpantang ni beliau cukup tertarik dengan Mummy Lotion. Memang sedap baunya. Panas pon tahan lebih lama.


Puas berborak dan makan, Munira sekeluarga mohon mengundur diri. Sempatla kami sekeluarga bergambar di depan pagar dengan bunting Asmak sebagai kenang-kenangan.


0135819100 Cikgu Basariah
Ada cerita ceritalah Ada cerita ceritalah Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Oktober 20, 2019 Rating: 5

Baby Balm Asmak bantu legakan batuk bayi

Sabtu, Oktober 19, 2019
Assalamualaikum

Hai semua 😘

Selalu cikgu asyik cerita pasai Minyak Herba Asmak je kan?

Ha, hari ni cikgu nak stori satu produk terbaru dari Asmak yang juga sesuai untuk bayi dan dewasa. Bau dia dah la wangi, warnanya jernih dan kesan yang baik untuk hilangkan batuk dan selesema bayi.

Memperkenalkan..ASMAK CARE ME BABY BALM




Bau dia serius sedap. Bau lemon segar camtu. Baby mesti akan suka. Mak baby lagilah akan suka bau dia. Jadi, buat ibu kat luar sana yang risau baju kotor sebab kena minyak, bolehla cuba guna baby balm dari Asmak ni. Kualiti setanding dengan harga dia tau 😘

0135819100 Cikgu Basariah
Baby Balm Asmak bantu legakan batuk bayi Baby Balm Asmak bantu legakan batuk bayi Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Oktober 19, 2019 Rating: 5

Tercabut kuku!

Jumaat, Oktober 18, 2019
Assalamualaikum

Siapa kat sini pernah tercabut kuku? Sakit tak?

Cikgu dlu pernah nyaris-nyaris tercabut kuku sebab terlanggar kayu. Syukur luka sikit je tapi kayu tu boleh tertinggal dalam kaki dekat sebulan. Pelik cikgu kenapa tak sembuh-sembuh lukanya.

Suatu petang yang indah, tengah cikgu dok kelebet-kelebet jari yang luka tu, tup tup melanting kayu keluar. Keluar sekali nanah terpercik. Tak lama lepas keluar tu barulah lega kaki cikgu tu. Sejak tu baru tau yang objek pelik camtu kalau masuk dalam badan, badan akan auto reject. Camna dia reject? Tula petanda dia..jadi nanah dan luka tak sembuh.

Jom tengok dan baca perkongsian bergambar salah seorang agen Asmak ni. Tengok gambar dia ni baru teringat kisah kaki cikgu doploh lima tahun yang lalu. Hihi.

~
~
~

Cerita anak saya.

Dah 5 hari selepas kuku dicabut tapi bekas luka tak kering juga.
Konon nak guna krim yang doktor bekalkan pasal dah bayar mahal tu🤭

Gara-gara saya tak luashati, lepas cuci dan keringkan, saya terus sapu minyak asmak..
Lepas 2 hari kesan tu dah kering sepenuhnya!😍

Tanda-tanda nak muncul kuku baru pon dah kelihatan.


Alhmdulillah anak dah boleh ambil wuduk dan solat dengan tiada masalah pedih dan tak selesa. Kuku kaki pon dah tak perlu nak balut lagi😍😍

Kredit to Babai Zura


0135819100 Cikgu Basariah
Tercabut kuku! Tercabut kuku! Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Oktober 18, 2019 Rating: 5

Kisah Aku, Dia dan Asmak

Khamis, Oktober 17, 2019
SURAHATI MRS ASMAK 😜


Ha, ni lah tulang belakang cikgu dalam bisnes Asmak ni. Tak banyak cakap tapi cikgu tau dia memang sapot cikgu dalam bisnes ni 200 persen. Hihi.

Si dia ni memang kureng minat bab bab nak promote ni tapi dia selalu ada di sisi bila cikgu perlukan. Idea bisnes pon banyak dari dia. Mana dia tak berkenan dia akan bagitau terus.

Dia jugalah penasihat utama dalam setiap keputusan bisnes cikgu. Kalau bab nak pos barang dan COD terutamanya yang jauh dan melibatkan pelanggan lelaki, memang si dia lah orangnya. Cikgu pulak sejenis yang takut nak 'drive' ke tempat yang belum pernah ditujui walau pon tempat tu dekat je 😅

Setiap kali cikgu nak langgar dinding ke, nak give up ke perlukan penasihat ke, si dia sentiasa sudi pinjamkan telinga untuk mendengar. Bila cikgu dah takde idea ke, rasa tak mampu nak capai target, si dialah tempat cikgu mengadu dan diam-diam je dia pon bantu usaha. Tup-tup dapat je sales dari kawan-kawan dia 😂 Dia jarang promote tapi sekali dia promote memang ramai member dia sapot.

Time cikgu bizi siapkan repot bisnes, siapkan blog, siapkan tugasan-tugasan lain dia akan bantu jaga anak-anak. Begitulah sebaliknya. Give n take. Alhamdulillah dengan Asmak ni kehidupan kita lebih terisi, lebih kerap boleh bawa anak jalan-jalan dan dah makin kurang berhutang.  Syukur kepada Allah.

Terima kasih my business partner a.k.a teman sebantal sebilik a.k.a teman hidup a.k.a syurgaku a.k.a. mybos a.k.a suamiku kerana terus menyokong usaha isterimu ini.

Semoga usaha kita di dunia ini membawa kita ke syurga bersama-sama.

Tahun 2019 dan tahun 2020 ni cikgu fokus nak besarkan team. Buat kalian yang masih tercari-cari bisnes yang sesuai dengan kalian, jomlah join cikgu. Bersama Asmak kita kaya, berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat in shaa Allah. 😀


0135819100 Cikgu Basariah
Kisah Aku, Dia dan Asmak Kisah Aku, Dia dan Asmak Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Oktober 17, 2019 Rating: 5

Buat baik kerana apa?

Rabu, Oktober 16, 2019
Assalamualaikum

Sat je dah hari Rabu.

Pagi ni dapat poster Asmak ni. Baca kata-kata kat poster ni buat cikgu terfikir. Kita ni buat baik selama ni sebab apa ye?

Ada orang buat baik sebab nak orang nampak dia baik.
Ada orang buat baik sebab memang dah jadi tabiat dia dari kecik buat baik.
Ada orang buat baik sebab orang lain suruh dia jadi baik.

Cikgu perasan kan, kalau orang tu buat baik sebab dari kecik dia diajar untuk buat baik, dia akan terus dengan kebaikan tu. Sebab benda tu dah jadi darah daging dia. Cumanya kalau dia niat kebaikan tu dia buat sebab Allah, lagilah dia jadi orang yang sangat beruntung. Untung kat dunia dan untung kat akhirat.

Orang yang sejenis buat baik depan orang dan harapkan pujian je ni biasanya hati dia tak tenang sebab kebaikan tu jenis dibuat-buat. Biarlah buat baik tu ikhlas. Barulah kita tak menyesal atau stress bila tiada yang memuji. Betoi tak?

Ok, jom teruskan berbuat baik walau orang sibuk mengeji. Tak kurang pon nilai kita di sisi Allah dek kejian manusia tu. 😄

Nota kaki: Sentiasalah lakukan yang terbaik bagi setiap pekerjaan kita. Balasan? Biarlah Allah sahaja yang tentukan.



0135819100 Cikgu Basariah
Buat baik kerana apa? Buat baik kerana apa? Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Oktober 16, 2019 Rating: 5

Wajib ke pakai toner muka?

Selasa, Oktober 15, 2019
Assalamualaikum

Sibuk setera mana pon pagi-pagi, selepas cuci muka sebelum tepek serum ke foundation ke hapa ke, cikgu wajibla guna toner.

Tengok ni, dah rasa cuci muka bersih tapi bila guna toner ada lagi kotoran melekat. Pagi kot. Bukan pi mana pon lagi.

Walau dah cuci muka, masih ada sisa kotoran melekat

Muka yang tak dicuci dengan betul akan lebih cepat kusam dan mudah ditumbuhi jerawat tau.

Pemilihan toner pon penting. Kalau korang rasa pedih muka selepas guna toner tu, maksudnya kulit korang tak sesuai atau toner tu ada bahan yang boleh menipiskan kulit korang. Pilih produk natural dan selamat tau.

Selepas dah guna toner, baru cikgu dap dap seluruh muka dengan Hana Booster Serum. Jerawat cepat kecut uolls 😘

Selesai berserum, tepek pula dengan foundation Kaisa ni. Ringan je muka dan yang penting wajah tak bercapuk walaupon di tengah panas.

Apa susah nak cari produk selamat dan natural? Kaisa kan ada 😁

Nak kaisa? Roger je cikgu ye
0135819100 Cikgu Basariah
Wajib ke pakai toner muka? Wajib ke pakai toner muka? Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Oktober 15, 2019 Rating: 5

Review Percutian Cameron Highlands - Part 3 (Pick Your Own Strawberry)

Isnin, Oktober 14, 2019
Assalamualaikum

Hai semua 😘

Cikgu nak sambung stori cikgu. Ni review hari terakhir. Pasni kalau nak mai maybe spuloh tahun lagi kot 😂

HARI KETIGA (13/10/19)

Pagi ni memang cikgu rasa agak ting tongla kepala. Maklumlah sepanjang malam tidur-tidur ayam je sambil sapu Minyak Herba Asmak dan buat tepuk percussion kat Nurin. Razin pon dah mula batuk tapi selepas sapu je Minyak Herba Asmak dah tak bunyi pula batuknya. Alhamdulillah.

Mulanya suami cikgu dah ajak balik terus sebab tengok Nurin macam tak larat tapi bila cikgu tanya Nurin samada dia nak petik strawberi atau tak, terus dia jadi bersemangat. Sanggup bangun mandi, sapu Minyak Herba Asmak seluruh badan dia dan pakai kasut nak jalan sendiri. Padahal sebelum tu melepek je.

Masa ni tunggu depan Snooze Hotel baru lepas check out. Abah p amik kereta. Parking agak jauh. Nurin tu muka masih masam lagi.

Makanya, singgah jugalah kami sekeluarga ke Kok Lim Strawberry Farm ni. Sekali masuk dikira untuk satu keluarga 4 orang rm60 dapat petik 1 kg strowberi. Seronokla tiga orang budak ni.

Excited depa kat sini nak letak mula dalam strawberi

Suka sangat Bang Ngah ni dengan zirafah 

Bang Chaq dengan muka ala-ala Baby Face dia 😄

Bang Ngah yang aktif

Ada sayuran hidroponik juga boleh pilih untuk bayar dan petik sendiri

Ada kandang arnab. Boleh bayar rm2 untuk bagi arnab tu makan carrot

Nurin malu tapi mahu. Geli 😆

Merenung arnab dan masa depan😅

Poyo je dua beradik ni

Amikla sekeping gambaq big boss

Nurin dalan ni sat dia jalan sendiri sat berdukung. Part curam dan mendaki dia gayat memang suruh dukungla. Jadinya sangat mencabar. Sakit habis belakang badan dok dukung dia sambil pegang bekas nak letak strawberi. Mujur ada Bang Chaq teman. Abah dia dah p mengutip strawberi dengan Bang Ngah. Bang Ngah laju sungguh. Ada bakat bekerja kat sini 😂

Nuri dah nampak excited sket bila boleh pegang sendiri buah strawberi ni

Muka masih masam 🙄

Eh Minyak Herba Asmak pon nak menyelit la

Sempat lagi dia tayang hidung 😆

Big boss pon muka masam. Lawan gilir dukung Nurin 😂

Yang besar dah habis kena petik. Kecik-kecik je banyak

Best dan segar bau dalam ladang ni. Strawberi yang masak ni kalau baru petik dan makan memang manis. Tapi tak boleh makan dalam ni. Dah siap timbang semua baru boleh makan.

Letih juga nak mencari buah yang besar besar sebab yang besar semuanya kat kawasan tinggi-tinggi. Last-last dah letih suruh Mat Bangla yang kerja dalam ni tolong petikkan. Tak lalu wei nak teruih memanjat sambil dukung Nurin. Gayat plak tu. Dahla ada kawasan yang macam licin sket. Seram jadinya.


Setia menemani di mana sahaja


Percubaan pertama Razin pejam mata

Percubaan kedua Nurin pandang arah lain

Percubaan ketiga dah makin ok 😆

Mujur gambar last ni semua pandang kamera. Tq akak strawberi yang tolong amikkan gambar 😍

Dah puas kutip strawberi dan bergambar sekeping dua dengan arnab tu, cikgu pon naik panjat tangga untuk timbang.  Timbang dan bayar buah ni kat bahagian atas. Bagi setiap 100g yang lebih kena bayar rm5. Kami kutip tak sampai pon 1kg, jadinya dia tambah buah bagi cukup. Pastu siap depa offer jem yang harga asalnya rm7 jadi rm5. Cikgu pon amikla 2 bekas. Mujur ada lambang HALAL Jakim. Kalau takde, memang tak belilah.

Untuk pengetahuan semua, sebelah ladang Kok Lim ni ada time tunnel. Disebabkan cikgu dah pernah masuk dulu, maka tak rasala nak masuk lagi. Kami pon kejar masa nak balik sebab esok suami cikgu pula ada kursus di Gerik.

Perjalanan pulang biasanya kita akan rasa lebih cepat berbanding perjalanan masa datang kan? Tapi untuk Cameron ni tak pula macam tu. Cikgu masih rasa perjalanan dia lama dan menyiksakan. Huhu. Siap muntah seround juga kat tepi jalan. Padahal dah makan ubat tahan muntah. Kali ni, Razin pon join 'the group' ikut muntah sekali. 😂 Ni ikut jalan Simpang Pulai yang orang kata lebih baik dari Tapah. Kalau ikut Tapah, mau spuloh kali cikgu muntah 😅

Sampai je kat Gopeng, suami singgah RTC untuk makan tengahari. Dah pukul 3.30 petang pon makan tengahari kami ni. Perut dah masuk angin pon cikgu dah tak lalu nak makan. Cikgu minum air je dan jamah sesudu dua mee goreng pastu encik suami yang habiskan. Mujur ada Minyak Herba Asmak untuk sapu kat kepala dan leher untuk hilangkan kesan mual jalan tadi.

Alhamdulillah kami sekeluarga sampai dengan selamat kat rumah dalam jam 6.00 petang. Sampai rumah terus pengsan sat atas katil hilangkan pening 😂

Betul kata orang, kalau nak ke Cameron Highlands ni baik pergi hari bekerja. Kalau hari cuti am atau hujung minggu manusia memang akan ramai dan sangat jem jalan. Sepanjang perjalanan kami tadi pon ada 2 kemalangan. Dengarnya salah satu kemalangan tu adalah kemalangan maut.


Takziah buat keluarga mangsa kemalangan

Takziah buat keluarga yang terlibat kemalangan.

Berhati-hati ye semua tambahan di musim hujan ni. Sediakan Minyak Herba Asmak untuk menemani di sepanjang percutian hangpa juga nanti 😘

Terima kasih sebab sudi baca sampai bahagian terakhir. Sayang hangpa semua. Muah! Muah!

0135819100 Cikgu Basariah
Review Percutian Cameron Highlands - Part 3 (Pick Your Own Strawberry) Review Percutian Cameron Highlands - Part 3 (Pick Your Own Strawberry) Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Oktober 14, 2019 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.