Seo Services

Jualan murah buku wei! 😀

Assalamualaikum

Dengarnya ada promosi buku kaw kaw oleh Utusan Publications. Cuba hangpa baca ni 👇

BILA HARGA BUKU BERATUS RINGGIT JADI RM10 SAHAJA...INI BARU SYURGA!

ABAM tak pernah terbayang buku berkualiti tinggi yang sebelum ini mencecah harga ratusan ringgit kini harnya RM10 sahaja.

Tak pernah terbayang majalah-majalah terkenal seperti Mastika, Saji dan sebagainya hanya dijual 50 sen senaskah.

Begitu juga kamus-kamus tebal, buku dan novel terlaris yg hanya dijual dalam beberapa ringgit saja sebuah.

Dan paling best, bukannya recycle tetapi semuanya baru dan ada yang 'panas' dari kilang percetakan.

Jumlahnya bukan sedikit, tapi segudang!

Nak buat macam mana, inilah sahaja cara Utusan hendak menampung hutang yang ditanggung mereka.

Jadi marilah ramai-ramai kita serbu gudang buku mereka kerana di samping membantu Utusan dan pekerjanya, inilah peluang terbaik merebut khazanah ilmu dengan harga yang sangat-sangat di luar jangka!

Ketika tiba di gudang tersebut, hanya ada beberapa orang saja di sana, mungkin sebab tak ramai yang tahu kempen jualan gudang yang akan berakhir hujung bulan ini.

Tadi abam dan Sasterawan Negara, Prof Dr Siti Zainon Ismail yang juga super senior abam masa di Sekolah Aminuddin Baki datang ke 'syurga' ini.

Nak tahu tak tiga kotak penuh buku yang abang beli berapa harga kesemuanya - RM106 saja! Abam rasa dengan jumlah buku yang sama kalau beli kat luar mau habis lebih RM600++.

Dibuka dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Waze je Utusan Publication and Distributors yang terletak di tepi jalan besar di Jalan 3/91 A, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur.

Jangan lupa pakai mask dan bawa plastik/troli sendiri beb, kasi sapu!

Ini baru sorgaaaaa!

Syahril A. Kadir

Ha, orang yang berdekatan baik hangpa p. Bestnya dapat beli buku murah. Cikgu memang pencinta buku. Kalau p, mau habisla borong buku kat sana 😂


Nak beli buku boleh ke alamat kat atas tapi nak beli Minyak Herba Asmak, wajibla hangpa roger cikgu tau! 😜
👇👇👇👇
0135819100 Cikgu Basariah


Jualan murah buku wei! 😀 Jualan murah buku wei! 😀 Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Disember 12, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.