Assalamualaikum
Seperti yang dijanjikan sebelum ni, hari ni cikgu nak review salah sebuah restoren yang wajib korang kunjungi bila ke Morib Banting ni.
Jeng..jeng..jeng..
Memperkenalkan
Restoren E-1 Patin Tempoyak. Ha, korang cari je signboard dia. Sebesar alam ada tepi kedai dia. 😝
So, korang yang berkesempatan datang ke Morib ni, jangan lupa singgah tau restoren ni. Harga memang berbaloi dengan rasa yang sedap kena la dengan anak tekak cikgu ni. Hehe.
Kalau yang nak waze, ha ni link dia 👇
Use Waze to drive to E1 Patin Tempoyak: https://waze.com/ul/hw22pvmrfn
0135819100 Cikgu Basariah
Seperti yang dijanjikan sebelum ni, hari ni cikgu nak review salah sebuah restoren yang wajib korang kunjungi bila ke Morib Banting ni.
Jeng..jeng..jeng..
Memperkenalkan
Restoren E-1 Patin Tempoyak. Ha, korang cari je signboard dia. Sebesar alam ada tepi kedai dia. 😝
Ok, apa yang best kat sini?
Sampai kedai ni, wajibla hangpa cuba dia punya signature dish. Masak lemak patin tempoyak dia serius sedap. Isi ikan dia lembut sangat. Paling best, langsung tak hanyir. Rasa kuah dia sedap teramat sampai cikgu boleh hirupla kuah tu. Jarang oo cikgu hirup kuah kalau tak sedap. Jujur ni.
Masa patin sampai. Cun je bentuk dia |
5 minit kemudian. Masa dah licin lupa pulak nak tangkap 😝 |
Selain masak lemak tempoyak, ikan bakar dia pon sedap sangat. Lembut sangat isi dia. Sambal yang diletakkan atas ikan pon sedap marvellous. Belum lagi dia punya air asam. Adoi melayang-layang rasa lepas makan tu.
Kat kedai ni juga ada aneka pilihan makanan lain. Ayam goreng kampung akan digoreng panas-panas, lauk sambal paru, sayur, kari dan aneka lauk lain. Selain tu korang juga boleh nak request sotong bakar tau.
Ni ikan siakap bakar. Suami cikgu tak makan ikan patin, so dia pulun ikan ni la. Memang sedap! |
Disebabkan sedap, malam tu kami repeat plak ramai-ramai. Lupa nak bagitau, harga kat sini pon sangat berpatutan. Malam yang cikgu makan ramai-ramai 5 keluarga ni, cuma rm291 je dia cas. Punyalah banyak lauk kami amik siap dengan air jus buah 3 jag lagi. Sangat berbaloi! Makanan plak memang sedap semuanya. Very recommended!
Punyalah meriah. Mujur malam ni orang tak seramai tengahari tadi. Tenang sket ❤️ |
Muka dah kenyang. Amik gambar buat kenangan |
Kalau yang nak waze, ha ni link dia 👇
Use Waze to drive to E1 Patin Tempoyak: https://waze.com/ul/hw22pvmrfn
Bergambar ramai-ramai sebelum check out hotel. |
Syukur alhamdulillah percutian 3 hari 2 malam berjalan lancar. Dapatla tenangkan fikiran sambil mengerat silaturrahim sesama rakan sejawat.
Terima kasih buat para suami yang sporting membawa isteri jalan-jalan. ❤️❤️
0135819100 Cikgu Basariah
Review restoren E-1 Patin Tempoyak
Reviewed by Teacher Basariah
on
Selasa, Disember 03, 2019
Rating:
Seronok makan reramai
BalasPadamBetoi seronok
Padammmg berbaloi n seronok percutian kita kali ni. Alhamdulillah...
BalasPadamAlhamdulillah. Kenangan terindah ❤️
Padam