Seo Services

Asmak Grand Award 2020

Assalamualaikum

Hari ni 29hb Februari. Tarikh yang hanya akan dilalui 4 tahun sekali.

Pada tarikh keramat inilah, cikgu dijadualkan berada di Genting Highlands untuk diraikan dalam Asmak Grand Award bagi tahun 2020 ni. Tiket hotel, bayaran makanan dan pakaian semua dah ready.

2 hari lepas, cikgu terima panggilan menyatakan ibu cikgu yang sekarang sedang dirawat di hospital dalam keadaan nazak.

Masa dapat berita tu, cikgu dah sampai di sekolah. Cuma belum sempat punch card je lagi.

Cikgu terus patah balik ke rumah. Kelam kabut amik je mana-mana baju yang sempat dicapai. Terus kami anak beranak gerak balik ke Kedah.

Keadaan ibu cikgu dah stabil sikit masa kami sampai tapi doktor maklumkan pada bila-bila masa sahaja ibu cikgu boleh alami keadaan yang sama. Kami kena sentiasa bersedia.

Demi ibu, cikgu lepaskan peluang untuk ke AGA dan putuskan untuk kekal di samping ibu. Alhamdulillah agen cikgu dapat pergi dan terima hadiah bagi pihak cikgu. Terima kasih buat SD Nadia Shukri dan tahniah atas kejayaan yang dikecapi.

Ni antara hadiah yang cikgu terima. Tak sangka banyak betul penghargaan yang diperoleh kali ini termasuklah diiktiraf sebagai top Blogger Asmak. Syukur ya Allah atas anugerah ini.






Ya Allah, permudahkan segala urusan mak. Ringankanlah kesakitan yang mak tanggung. Aamiiin.

0135819100 Cikgu Basariah
Asmak Grand Award 2020 Asmak Grand Award 2020 Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Februari 29, 2020 Rating: 5

4 ulasan:

  1. Semoga dipermudahkan urusan kak Ayu sekeluarga. Kuatkan semangat. Aamiin3

    BalasPadam
  2. Tahniahhhhh ayu. Moga ibu cepat sembuh

    BalasPadam
  3. tahniah di atas anugerah yang diterima. semoga ibu cikgu cepat sembuh ye.

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.