Seo Services

Resepi roti puri kompom sedap

Assalamualaikum

Dah terlajak bosan kat rumah ni, jomla kira cuba resepi-resepi yang dah lama dok terperap kat henpon. Kikiki.

Sebelum ni bukannya cikgu tak pernah buat roti ni. Cuma, selalunya cikgu hanya jadi pembantu je. Percaya dak, abang cikgu yang biasa dok jadi chef buat ni.

Dah dua tiga hari ni asyik lalu lalang je gambar roti ni kat wall fb cikgu, teringin gakla nak try. Kikiki.

Ok ni resepi yang cikgu amik dari fb. Terima kasih kepada yang berkongsi resepi. Cuma dalam tu dia suruh perap 30minit. Cikgu tak perap pon. Alhamdulillah naik gemuk dan montel juga roti puri cikgu ni 😹


Cantik kan kejadian diak? Gumuks je. Haha. Bentuk dia herot petot. Biasalah sukati je mencanai. Kikiki. Yang penting memang sedap la resepi ni.

Selepas cikgu kongsikan gambar macam kat atas tu di group wasap famili, abang cikgu respon resepi dia pulak. Lagi mudah sebab tak payah guna yis. So hangpa yang takde yis boleh try resepi ni. Bahan semua yang biasa ada kat rumah. Cuna resepi ni dia rasa plain sket tak macam yang cikgu buat tu. Makan saja pon sedap apatah lagi bila dicicah dengan kari atau sardin. Terangkat wei! 😋

Ok, ni resepi versi abang cikgu plak. Bolehla try nanti.

ROTI PURI

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar marjerin
Garam
Gula
Air 3/4 cawan (masuk sikit2)

Gaul rata semua bahan
Masukkan air sikit2 dan adun sampai jadi doh
Rehatkan doh dalam 10 mnt
Ambil saiz besar mana nak buat
Gelek bagi nipis (jangan nipis sgt nnt x kembung)
Goreng minyak banyak n panas
Siram2 minyak atas doh sampai naik

SELAMAT MENCUBA!

0135819100 Cikgu Basariah
Resepi roti puri kompom sedap Resepi roti puri kompom sedap Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, April 08, 2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.