Seo Services

Resepi KEK OREN STEVIA

Assalamualaikum

Buat pe tu?

Siapa suka kek oren? Meh cikgu kongsi resepi kek oren sedap, ringkas dan mudah.

KEK OREN STEVIA

Bahan:

1 biji oren sunkist (parut kulit)
2 sudu perahan air oren
1 sudu oren sunquick
5-6 titis stevia
1/2 cawan gula castor
4 biji telur
1 1/4 cawan marjerin cap pelangi

Semua bahan di atas blend je sekali sehingga kembang kemudian kaub balik dengan adunan tepung di bawah ni 👇🏾

2 cawan tepung gandum
1/2 sudu makan baking powder
(Ayak sekali)

Oles loyang dengan marjerin dan bakar pada suhu 180 darjah celsiun selama 50 minit atau sehingga masak. Cucuk je dengan lidi untuk pastikan dah masak. Kalau tak melekat apa-apa di lidi, maknanya kek dah masak esok.


Selamat mencuba!

Asmak pon dah keluarkan stevia pada harga yang mampu milik tau. Berminat roger cikgu ye 😘


0135819100 Cikgu Basariah
Resepi KEK OREN STEVIA Resepi KEK OREN STEVIA Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Julai 19, 2020 Rating: 5

2 ulasan:

  1. Terima kasih untuk resepi ni.. nampak macam senang boleh cuba dengan anak-anak

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.