Seo Services

7 Perkara Yang Golongan Miskin Lakukan Tetapi Tidak Dilakukan Oleh Golongan Kaya

7 perkara yang golongan miskin lakukan tetapi tidak dilakukan oleh golongan kaya :

1. Golongan miskin suka menonton TV, golongan kaya suka membaca buku ilmiah. 

Berapa jam kita menghabiskan masa menonton TV dan bila kali terakhir kita membaca buku yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Berapa banyak buku yang kita baca dalam masa setahun, sebulan, seminggu ? 

2. Golongan miskin dibayar berdasarkan masa kerja, golongan kaya di bayar berdasarkan pada hasil kerja. The price is what you pay, value is what you get. Results, results, results. 

3. Golongan miskin sentiasa menyalahkan orang lain kenapa dia selalu gagal dan tidak bernasib baik tetapi golongan kaya sentiasa mengambil tanggungjawab di atas kesilapan mereka sendiri.  

Golongan miskin sentiasa menyalahkan orang lain, salah ekonomi, salah kerajaan, salah boss, salah kerja, salah jiran, salah kawan-kawan, semua orang sentiasa salah, tidak pernah mengaku salah dan kelemahan sendiri. 

Golongan kaya sentiasa mengambil tanggungjawab. Sendiri salah, sendiri tanggung diatas segala tindakan yang diambil. Bila kita mengambil tanggungjawab, kita akan mendapat kuasa untuk berubah, kuasa untuk membuat yang lebih baik dan berbeza.

4. Golongan miskin fokus pada membuat simpanan. Golongan kaya fokus kepada membuat pelaburan. 

5. Golongan miskin sentiasa berasa dia sudah pandai dalam semua perkara tetapi golongan kaya sentiasa belajar dan terus belajar, menambah ilmu pengetahuan, skill. 

Golongan miskin sentiasa suka bercerita tentang pandangan mereka tentang politik, sukan, masyarakat, kerajaan dan semua benda dalam dunia dia hendak cerita. 

Golongan kaya adalah golongan yang sentiasa belajar, humble, sentiasa mendengar, membaca buku, sambung belajar dan terus belajar.

6. Golongan miskin percaya duit adalah punca segala kejahatan dan golongan kaya percaya kemiskinan adalah punca segala kejahatan. 

7. Golongan miskin mempunyai pemikiran yang menperjudikan nasib, sentiasa bermimpi untuk hendak cepat kaya tetapi golongan kaya mempunyai pemikiran kuasa tindakan. 

Golongan kaya sentiasa percaya pada kuasa tindakan yang akan menjadikan semua impian jadi realiti, yang menjadikan mereka berjaya dan tidak perlu berharap pada orang lain. I will make it happen !

Credit to: Dan Lok Youtube Channel & Tuan Azhar Mokhtar

0135819100 Cikgu Basariah
7 Perkara Yang Golongan Miskin Lakukan Tetapi Tidak Dilakukan Oleh Golongan Kaya 7 Perkara Yang Golongan Miskin Lakukan Tetapi Tidak Dilakukan Oleh Golongan Kaya Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, November 23, 2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.