Seo Services

Hamper Raya Vit's Malaysia

Assalamualaikum

Balik sekolah tadi kelam kabut kemas rumah. Ada orang nak datang servis ekon. Nampak sangat rumah tak sempat nak kemas sebelum pi sekolah 😜

Tengah dok kalut-kalut tu suami cikgu ketuk tingkap. Awat pulak dia ni?

Owh rupanya nak habaq orang ekon dah sampai. Cikgu pon kalut-kalut keluaq siap pakai tudung semua.

Nampak suami cikgu jinjing satu kotak. 

"Kotak apa tu bang?"

"Entah. Nama sayang."

Pelik pulak. Rasa takde order barang dari mana-mana. Kek kukus Asfa Delight dan produk Asmak baru je sampai berkotak-kotak semalam 
Apa pulak agaknya ni ye?

Sekali tengok nama pengirim Vits Malaysia.

Eh, dapat hadiah apa pulak ni?

Dengan penuh debaran, cikgu pon bukakla kotak yang cantik ni.

Ni dia. Hamper Ramadhan Raya dari Vits. Tqvm Vits. Kami memang suka mee kering dari Vits ni. Rezeki dapat pulak dua pek. Siap ada coklat, kurma dan kad ucapan.

Korang jangan risau tak kalau nak beli produk Vits ni. Diyakini halal oleh JAKIM ye ✌️😊





Masih ragu-ragu lagi? Jom baca penulisan cikgu sebelum ni tentang status halal produk dari Vits Malaysia ni.


0135819100 Cikgu Basariah
Hamper Raya Vit's Malaysia Hamper Raya Vit's Malaysia Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, April 26, 2021 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.