5 UBAT BATUK SEMULAJADI
Ada di kalangan kita yang mula ada kesedaran tak mahu terlalu bergantung pada ubat batuk. Tambahan lagi kalau anak masih bawah umur 2 tahun, tak boleh diberi ubat batuk sembarangan. Pengalaman Mamajuju sendiri masa anak kecik, doktor pun tak berapa galakkan untuk bagi.
Mungkin mak ayah boleh cuba cara lain untuk ikhtiar secara semulajadi bila anak atau diri sendiri terkena batuk.
Madu - Membantu menahan batuk menjadi lebih teruk. Boleh cuba buat teh yang dicampurkan dengan madu bersama air suam.
Halia - Ciri anti-radang yang ada pada halia membantu meredakan batuk. Dalam masa yang sama boleh melegakan sakit tekak.
Kunyit - Jenis rempah emas seperti kunyit ni pun ada anti-radang yang kuat untuk melegakan batuk.
Thyme - Campuran air dengan herba jenis thyme membantu melegakan sakit tekak & batuk.
Nenas - Bromelain yang terdapat di dalam nenas berfungsi sebagai anti radang dan mukolitik yang kuat. Minum segelas air nenas membantu mengurangkan batuk. Tanpa gula tau. Kalau dengan gula, tak jadi ubat dah. Hihi.
Dapat sesuatu! 🌹😊
0135819100 Cikgu Basariah
RAWATAN BATUK SEMULA JADI
Reviewed by Teacher Basariah
on
Selasa, Ogos 20, 2024
Rating:
Tiada ulasan: