Seo Services
Results for Kerak kepala

Kulit kepala anak berkerak? Jom tengok cara hilangkan kerak kepala

Jumaat, Januari 29, 2021
Adakah Kulit Kepala Si Comel Anda Berkerak?

Cuba Sevenis Hair Oil. Pasti puas hati!

Kerak di kulit kepala bayi biasanya berbentuk seperti bersisik-sisik tebal, berminyak, dan berwarna kuning di dahi dan bahagian atas kepala bayi. Kerak kepala atau ‘cradle cap’ ini akan terkupas sendiri dan menjadi kepingan nipis seperti kelemumur, jika ia sudah kering.

Gatal kulit kepala dan kerak di kulit kepala kerap berlaku pada beberapa bulan di awal usia bayi .  Kebiasaannya ia akan hilang dengan sendirinya kira-kira ketika bayi sudah berusia 12 bulan, namun ada sesetengah bayi yang mengalaminya dalam jangka masa yang panjang.

Apakah punca kulit kepala bayi gatal dan berkerak?



Ia dipengaruhi oleh hormon androgen yang dibawa dari ibu ketika masih dalam kandungan. Hal ini menyebabkan kelenjar lemak menjadi aktif. Kelenjar lemak  keluar dari tempat yang sama dengan keluarnya rambut.

Kelenjar lemak yang sangat aktif dapat mengeluarkan lemak dan menimbulkan lapisan yang menjadi kerak di kepala bayi.Masalah ini tidak mengganggu pertumbuhan rambut bayi. Kerak di kulit kepala bayi tidak berjangkit tetapi ia mungkin menyebabkan gatal kulit kepala pada bayi.

Bersihkan kerak dikulit kepala si comel anda dengan Sevenis Hair Oil yang diperbuat daripada:

•    Light Mineral Oil
•    Tea Tree Oil
•    Babassu Oil
•    Virgin Coconut Oil
•    Castor Oil
•    Olive Oil
•    Argan Oil

120 ml sebotol dengan harga mampu milik.




#SevenisHairOil

0135819100 Cikgu Basariah
Kulit kepala anak berkerak? Jom tengok cara hilangkan kerak kepala Kulit kepala anak berkerak? Jom tengok cara hilangkan kerak kepala Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Januari 29, 2021 Rating: 5

APA ITU KERAK KEPALA

Ahad, Januari 13, 2019
Assalamualaikum


Kerak kepala kelihatan seperti keadaan kelemumur yang teruk. Ia akan timbul sebagai satu kawasan merah atas kulit kepala bayi baru lahir, diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik. Dalam sedikit masa, sisik-sisik itu mula menanggal dan menjadi senang untuk dibuang, seperti kelemumur, tetapi selalunya ada rambut bayi yang terlekat.

Kadangkala kerak kepala boleh menutupi seluruh kulit kepala tetapi ia juga boleh timbul di muka bayi, di keliling ruang lampin, ketiak dan hidung, di tempat-tempat ini ia diberi nama ekzema seborea (dermatitis) bukan kerak kepala.

Kerak kepala kerap berlaku di kalangan bayi bawah usia lapan bulan, sebab ia lazimnya bermula semasa tiga bulan pertama pembesaran bayi, tetapi boleh berlanjutan untuk beberapa minggu atau bulan lagi.

Ia juga boleh berlaku bagi bayi yang lebih tua dan bayi berjalan. Walaupun keadaan itu kelihatan agak buruk, ianya tidaklah gatal dan tidak akan menyebabkan sebarang ketidakselesaaan. Ianya tidak berbahaya dan tidak perlu dibimbangkan.


Hari tu Nurin jadi kerak kepala camni. Cikgu tuang sevenis oil bagi kerak lembut jap pastu sikat. Alhamdulillah habis keluar. Sampai sekarang dah takde dah kerak kepala tu.


#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

0135819100 Cikgu Basariah
APA ITU KERAK KEPALA APA ITU KERAK KEPALA Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Januari 13, 2019 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.