Seo Services

Kepentingan menulis diari

Diari..seringkali dipandang enteng oleh setiap orang khususnya remaja.."Ah!malaslah nak tulis diari..nanti kakak atau abang baca"..itu antara keluhan jawapan yang sering saya terima setiap kali menasihati pelajar saya untuk menulis.Ya, diari merupakan rahsia hidup kita yang seboleh-bolehnya tidak ingin kita hebahkan kepada sesiapapun dan kita akan berasa malu sekiranya ia terlepas ke tangan pihak yang boleh mempergunakannya ke atas diri kita..Justeru diari seharusnya dijaga umpama kita menjaga diri kita sendiri."Apa faedahnya menulis diari?"Seringkali soalan itu juga yang terpacul dari bibir pelajar saya. Banyak faedah menulis diari ini sebenarnya. Bagi seorang pelajar, dengan menulis diari, tekanan belajar, tekanan hidup serta segala masalah dapat disalurkan dalam bentuk yang positif..Pelajar dapat mengelakkan diri daripada dilanda kemurungan. Iyalah, siapalah yang larat mendengar segala luahan kita sehari-hari? Malahan, tidak semua perkara kita ingin hebahkan atau kongsi dengan orang lain. Diari bakal menjadi rakan kita paling akrab.Ia dapat menyimpan rahsia kita dengan baik selagi mana kita pandai pula menyimpannya di tempat yang terbaik.Teknik penulisan juga dapat diperbaiki melalui catatan-catatan yang dibuat sehari-hari.Dalam Islam kita digalakkan sentiasa muhasabah diri. Menulis diari juga boleh dikatakan sebagai satu cara untuk kita muhasabah diri dan memperbaik diri ke arah yang lebih sempurna."Macamana nak tulis diari?Tiada ideala...".Itu juga antara keluhan pelajar saya.Jangan memaksa diri..mulakan dengan menulis perkara yang anda sukai, perkara yang anda tahu mahupun aktiviti yang anda lakukan pada hari tersebut. Jangan risau penggunaan bahasa anda di dalamnya..maklumlah..hanya anda yang akan membaca diari anda.Luahkan apa yang anda tidak dapat luahkan secara lisan..Hati manusia sentiasa bermonolog.Maka, keluarkan monolog itu secara tulisan. Ingat petua ini, apa yang dipendam di dalam hati akan menjadi makin parah jika tidak diluahkan. Kongsikan perasaan anda jika tidak dengan manusia, diari sentiasa menanti anda. Cubalah menulis hari ini juga!Selamat mencuba!(^_^)
Kepentingan menulis diari Kepentingan menulis diari Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Julai 27, 2009 Rating: 5

1 ulasan:

  1. Kalau anda menjadi orang yang berjasa kepada negara, diari anda akan disimpan di Arkib Negara Malaysia

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.