Seo Services

Exclusive breastfeeding..Penyusuan penuh susu ibu..


Menjadi seorang ibu merupakan saat yang dinanti2kan bagi setiap wanita yang telah berumahtangga..saat pertama melihat bayi yang dilahirkan ke dunia merupakan detik terindah yang sukar dibayangkan dan digambarkan...Hanya Allah dan insan bergelar ibu yang memahami naluri hati seorang ibu..Tetapi ramai ibu-ibu yang bekerjaya akhirnya terpaksa akur dengan kehendak semasa (kerja) dan akhirnya berputus asa untuk meneruskan penyusuan secara ekslusif yang bermaksud penyusuan penuh bagi anak mereka.Bagi seorang bayi, adalah digalakkan ibu untuk menyusu anaknya secara ekslusif sekurang2nya selama 6 bulan dan seterusnya digalakkan untuk meneruskan menyusu anak selama 2 tahun di samping membekalkan anak tersebut dengan makanan pelengkap sesuai dengan perkembangan si anak itu sendiri..

So,hari ini aku nak berkongsi pengalaman sendiri tentang penyusuan penuh susu ibu ini kerana aku sedih apabila melihat anak-anak telah diajar susu formula sejak awal mereka lahir di dunia ini..

Sebulan Muhammad Razin dilahirkan di dunia ini, syukur kepada Allah dia kususukan tanpa campur tangan walau setitik susu formula..cuma mungkin ada campur sikit air bendi,air halwa kundur, air zam2 dan air masak..hehe(sebab kena demam kuning) masa kat hospital..tapi cabaran sebenar penyusuan bermula selepas itu tatkala masa berpantang semakin suntuk dan aku perlu mengajar Razin untuk ditinggalkan.maka dengan 'excited'nya aku suruh Mr Hubby untuk belikan pam..Disebabkan tiada 'experience', maka Mr Hubby pon pegi beli pam daripada farmasi,pam manual guna tangan jenama Pureen.Pam punya pam sampai lenguh tangan susu tak nak keluar..'breast' dah sakit ya amat sampai akhirnya aku 'give up'..Rasa nak nangis tgk muka Razin..Aku dah mula membayangkan Razin akan terpaksa minum susu formula apabila aku nak tinggalkan dia dgn pengasuh nnt..huhu..baby ni sebenarnya akan sentiasa nangis walaupun kita dok menyusu dia kerap2..macam lapaq sangat ja..org tua2 dan org sekeliling masa tu akan hasut kita kata baby lapaq n susu tak cukup..suruh tambah susu formula dll lagi..tapi percayalah puan2..baby kita cukup dengan susu badan kita tu cuma kita kena bagi kena caranya(2 jam sekali,langkah ni dapat bantu badan untuk terus hasilkan susu yang cukup untuk baby) lagipun tulah satu2nya cara baby nak berinteraksi dgn kita..dia bukannya boleh cakap pon..maka dia pon teriak dan terus teriak..kadang2 sebabnya kembung perut, lampin basah dan lain2..jadi jgn cepat tafsir tangisan tu sebab lapaq..

Ok..sambung cerita..maka disebabkan aku dah mula panik ditambah dengan suara2 sumbang sekeliling yang siiibuk(tanda geram ni..) suruh ajaq susu tepung, maka aku pon akhirnya memaksa Mr Hubby lagi untuk membelikan susu formula..(aku ajar jenama murah2 dulula seiring dgn pendapatanku yang tidak seberapa ni)..Razin minum dengan penuh semangat mengiyakan lagi pandangan orang yang dia tak cukup makan(huhu..tapi tidak sebenarnya tau..)apa yang berlaku selepas disusukan dengan susu formula itu seterusnya menyebabkan aku tidak boleh tidoq lena dan asyik rasa nak nangis saja..nak tau apa?jeng3x..Razin mengalami masalah membuang air besar..aku dah mula rasa tak sedap hati..tiap kali nak berak ja muka dia nampak meneran2 sampai dua tiga hari tak berak..aku jenuh mengusung dia ke beberapa klinik termasuklah ke klinik kesihatan..dari situlah aku mendapat tahu bahawa sesetengah susu yang tidak sesuai dengan perut bayi akan meyebabkan mereka susah berak dan sembelit..berbeza dengan susu ibu, kalau dua tiga hari malah berminggu2(ada sepupu aku yang anaknya full bf jd lagu tu) pun baby tak berak tak bahaya tapi kalau susu tepung jadi bahaya..aku mula panik dan 'stop' guna susu tepung..ku sambung menyusu badan dan tunggu sampai Razin berak semula..Tapi pastu aku tukar susu lain pon masih sama..Aku mula berdoa tak henti2 kepada Allah agar memberikan jalan keluar daripada kemelut ini..jeng3x..

Sambung lagi..Beberapa hari sebelum aku berangkat balik ke Perak untuk membiasakan Razin dengan pengasuh lebih awal sebelum mula bekerja,aku mendapat suatu panggilan telefon dari sahabat lama (rakan kat U dan NGO yang aku pernah keja dulu,sekarang dah jadi mak sedara bau2 bacang aku..tak sangka dia adik beradik dengan belah suami aku..haha)..Dia kata dia tergerak nak tipon akau selepas kami berbalas2 sms bebrapa hari sebelum tu dan aku cerita masalah baby aku kat dia..Dia nilah yang beri semangat balik kat aku dan perkenalkan aku yang naif ni yang wujudnya pam elektrik yang mempercepatkan proses pengepaman susu dan kurang sakit berbanding yang manual..Dia kata pam ni banyak jenis..ada yang dijual di pasaraya hypermarket dan lagi banyak pilihan kalau kat dalam internet..maka aku pon mula semangat balik dan ajak Mr Hubby ke pasaraya Pacifik dan beli pam elektrik jenama Tolly JOy berharga RM 110 sahaja(rasanyala)..tapi taklah semahal yang aku dok bayangkan sebelum ni..Alhhamdulillah sampai sekarang aku berjaya meneruskan penyususan Razin secara penuh dengan bantuan pam murah ni..Nak pam pon kena ada cara (kalau yang murah2 camni)..yang mahal tak der kot..tapi yang tu aku akan ajaq lain kali yer..Razin dah bangun tidoq dan mula kacau ni..nanti aku sambung lagi..

Apa2pun..kesimpulan daripada ceritaku yang taktaulah orang rasa best ke tak ni..Biarlah anak kita merasa nikmat susu kita kerana itu adalah hak yang tidak boleh dinafikan oleh kita.Bukankah hal ini juga telah termaktub dalam Al-Quran?Renung2kan dan selamat beramal..(tiru ayat Dr Izi dalam Hot FM)..ceritaku berhenti di sini..

Untuk membeli barang2 penyusuan bolehlah berkunjung ke : http://www.momschoice.com.my/
Exclusive breastfeeding..Penyusuan penuh susu ibu.. Exclusive breastfeeding..Penyusuan penuh susu ibu.. Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Januari 21, 2011 Rating: 5

1 ulasan:

  1. Salam.. Sy siti.. Sy ada masalah yg lg besar dr awk.. Masalah sy ialah bby sy xnk menyusu seawal umur die 3 hr.. Asyik nangis je, tanpa pk pnjg, sy bg susu formula sampai la ni.. Tp maslah mula timbul bila bby berusia 2 bln.. She's warded.. :-(.. Sebb nye eczema yg truk.. Skrgumo die 3.5 bulan ++.. Sy cube nk bg bf tp die teriak kuat sngt.. Nangis smpi kelua air mt.. Kesian la pulak.. Sy nk tnye, ada harapan lg x sy nk gune pam elektrik tu.. N sebelum u guna pam elektrik tu susu u keluar bnyk x? Sbb skrang ni, bl sy cube nk perah pakai tgn, susu tu keluar beberapa titik je.. Sngt tertekan.. N after gune, pam tu, ape kesan die kat u? Bnyk x susu kua?

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.