Seo Services

RESEPI DONUT KAK NORMAH


Beberapa hari lepas, saya mencuba resepi donut yang diberikan oleh kakak 'cleaner' yang bekerja di sekolah.mengikut katanya resepi donut ni mudah dan insyaAllah menjadi..maka dengan rasa riang dan penuh semangat saya pon mencubalah..walaupun rupanya tak cantik tapi rasanya boleh tahan..Jadi bolehlah dikatakan menjadilah juga percubaan saya yang pertama ni..hehe..yang lagi menarik,biarpun ditinggal semalaman rasanya masih sama dan donut tidak keras..syukur alhamdulillah..jadi saya ingin kongsikan resepi donut tu di sini..kepada yang berminat,bolehlah mencubanya..

Bahan-bahannya:

Bahan A

4 cawan tepung
1/2 sudu garam

Bahan B
1 cawan air(guna air paip biasa ja,jgn air masak,air suam, mahupun air ais)
1 paket yis
3 biji telur
3 sudu mentega (saya guna cap 'planta')
2 sudu susu pekat
2 sudu gula

Cara-caranya:

1. Bahan A digaulkan sebati dan ketepikan
2. Bahan B dikisar(guna 'blender') sehingga kembang
3. Masukkan bahan B yang dikisar tadi dalam bekas dan campurkan bahan A sedikit demi sedikit (jangan masuk semua sekaligus)
4. Uli perlahan-lahan sampai semua sebati dan bak kata kak normah sampai tak lekat kat bekas n jari..(bab ni saya 'fail' sket sebab sampai ke sudah dok melekat jugak tapi masa uli nak jadikan doh tu campur tepung lagi maka dia pon dah ok..hehe)
5. Apabila doh dah menjadi, gelekkan di atas plastik (saya guna plastik beras), agak-agak tebal dalam 1/2cm, dan copkan guna cawan untuk bentuk bulat (ni nak bagi sama saiz dan cantik),klu malas macam saya tak gelek pon,main penyek2 dan agak-agak sama saiz dah kira ok la..hehe..pastu tebuk tengah tu menggunakan apa2 yang ada di dapur..saya guna penutup lada sulah (bekas plastik),tapi pastikan basuh dulula..
6. Selepas itu, goreng dalam minyak yang banyak(pastikan tenggelam)
7. Akhir sekali, gaulkan dalam gula(kisar sampai halus) dan sedia untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!!
RESEPI DONUT KAK NORMAH RESEPI DONUT KAK NORMAH Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Februari 16, 2011 Rating: 5

1 ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.