Seo Services

AISKRIM GORENG..NYUM..NYUM

Semalam saya merajinkan diri ke dapur buat minum petang..kesnya terbaca buku resepi yang baru dibeli kawan..menarik sangat resepinya dan nampak sangat mudah nak dibuat. Bila try memang mudah dan sangat sedap..tapi biasalah..baru kali pertama buat..huduh sikitla rupanya..hehe..


yang ni rupa dari luar..huduhnya..tapi sedap


Ni bahagian dalamnya


Aiskrim goreng (Resipi untuk 2 biji)


Bahan-bahan:

Bahan A:
Aiskrim (perisa yang disukai)
Roti gardenia 4 keping(lain pon boleh janji lembut sng nak gelek)

Bahan B:
Tepung gandum (1/2 cawan)
Tepung jagung (1 sudu)
Susu tepung (2 sudu - x letak pon takpa..just nak tmbh krim)
Telur (1 biji)
Gula dan garam secukup rasa
Air (1/2 cawan)


Cara2:
1. Gelek roti gardenia sehingga penyek(guna 2 kpg utk sebiji)
2. Letak 2 scop aiskrim atas roti dan kepal menjadi bulat.
3. Balut dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sehingga membeku (dalam 4-5 jam)
**Selepas 5 jam, barulah bancuh bahan B (disarankan sediakan bahan
A pada waktu pagi kalau nak jadikan menu ni minum ptg)
4. Pukul telur kemudian masukkan semua bahan B. Kelikatannnya
macam nak buat pisang goreng tu..likat sikit ja..
5. Keluarkan gumpalan roti dengan ais tadi dari peti sejuk dan
juga dari plastiknya.
6. Celup dalam bancuhan tepung tadi.
7. Goreng dalam minyak yang panas..lagi elok kalau buat 'deep fry'

Tips penting:
- pastikan bancuhan tepung tak terlalu cair utk elak 'makan minyak'
- jangan goreng terlalu lama(nanti ais cair), just nampak dah kekuningan bolehlah diangkat
-klu nak cantik..pastikan buang dlu kerak roti yang bahagian tepi tu yer..


SELAMAT MENCUBA!!!!
AISKRIM GORENG..NYUM..NYUM AISKRIM GORENG..NYUM..NYUM Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Julai 18, 2011 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.