Seo Services

OH KASIHAN...

Salam semua

Dalam kesibukan dua tiga hari ni saya mengambil sedikit kesempatan untuk menulis bagi meluahkan apa yang terbuku di dada..

Lupakan seketika bab pantau memantau ni..walaupun dengar kata hari ni nazir plak nak datang pantau..tawakkal sahajala..janji saya dah buat sehabis baik..

Ni bab biasiswa..selaku guru biasiswa kat sekolah ni kadang2 terkilan sedikit rasa hati ni apabila mendapati kakitangan kerajaan seolah-olah dianak tirikan apabila nak mendapat biasiswa..Memanglah pendapatan keluarga sudah dinaikkan ke RM1500 ke atas..tapi andai anak 8,9 orang..manakan cukup..RM2000 pon belum pasti cukup..Kesian..

Saya menulis ni apabila mendapati anak salah seorang staf di sekolah saya yang berpendapatan hanya lebih RM70 daripada syarat layak tidak boleh memohon sedangkan anaknya ramai..wang zakat pon tidak boleh diberikan..sudahlah isteri tidak bekerja..anak kecil2..namun itulah hakikat dunia..tapi rezeki Allah buatnya, semua anaknya hebat dan berjaya dalam pelajaran (setakat hari ini)..bagi saya itu lebih baik berbanding mendapat pelbagai bantuan tetapi tidak digunakan dengan baik..

Di saat kita kesusahan, hanya Allah yang memberi jalan..

Kadang-kadang hairan dengan sikap manusia yang suka sangat minta bantuan walaupun tidak diperlukan..ada yang pendapatan sudah mencukupi dan berlebihan lagi namun tetap memohon bantuan dan siap mendapatkan cop pengesahan ketua kampung lagi..mereka macam ni memang susah nak kesan..maklumlah kerja sendiri dan kerja kampung..orang ingat gaji sedikit tup2 pergi menjengah rumah..banglo macam istana..subhanallah..kesian kepada yang bertul-betul memerlukan tetapi terpaksa berhadapan dengan karenah birokrasi..

Malas nak ulas panjang2..semoga Allah membantu hambaNYa yang beriman, berusaha, bertawakkal dan berharap kepadaNya..

Wassalam..
OH KASIHAN... OH KASIHAN... Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Ogos 03, 2011 Rating: 5

2 ulasan:

  1. kesian keluarga tu.. moga terus diberikan kekuatan dalam mengharungi cabaran hidup... banyak yang salah guna bantuan.. ramai yang mendapat bantuan terdiri dari golongan yg agak berada

    BalasPadam
  2. Kesian juga dengan manusia yang tak pernah rasa cukup dengan rezeki yang dilimpahkan kepada mereka. Jangan nani sampai meti celik mata!

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.