Seo Services

Ramadhan panas yang dahsyat

Assalamualaikum

Ni cubaan pertama menulis blog dr telefon pintar..huhu

Org dah ke bulan sy masih terkial2..sadis rasa

Tahun ni ramadhan dirasakan sgt mencabar..

Sejak awal bulan ni anak2 dan suami diserang campak besar a.k.a pelentong



Saya masih bertahan daripada penyakit ini dan terus mendoakan tidak dijangkiti sementelahan telah pernah menghidapnya sewaktu kecik..harapnya antibodi yang pernah dihasilkan badan dulu mampu menghalang drp badan diserang penyakit ini sekali lagi.

Dulu campak hanya kena sekali sahaja kepada orang,tp bila tgk suami kena sekali lagi saya dah naik ngeri..mungkin antibodi yang dihasilkan dulu tidak cukup melawan virus yang datang kali kedua ini.

Saya mengalami alahan yang teruk sepanjang bulan ini..oh,lupa nak maklumkan,alhamdulillah kami bakal menerima ahli keluarga batu..masih terlalu awal sehingga saya belum lagi buka buku merah..disebabkan alahan yangbteruk tu,terkorban juga puasa saya untuk 2 hari..huhu

Mohon rakan2 blogger doakan kesihatan dan kesembuhan buat kami sekeluarga.

Salam ramadhan kareem dari saya sekeluarga.

Wassalam
Ramadhan panas yang dahsyat Ramadhan panas yang dahsyat Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Julai 06, 2015 Rating: 5

2 ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.