Seo Services

Dah tukar ke kad debit?

Assalamualaikum

Dua tiga hari ni cikgu perati bank pakat penuh orang ja. Pelik betoi. Rupa-rupanya pakat nak tukaq kat atm ke kad debit.

Nasib baik cikgu dah pi tukaq awai sikit untuk kad cimb tu. Ingat nak p maybank plak tapi dok tengok ramai viral bank penuh, tak jadi.

Dalam dok pikaaq nak pi ke tak pi, member bagitau yang kad maybank boleh ditukar secara online saja. Cikgu cuba buat. Senang ya amat. Tak sampai 5 minit dah selesai. Tapi kad dapat dalam masa 2 minggu lagi. Yang syoknya, tak perlu risau selagj kad baru tak siap, cikgu masih boleh online seperti biasa dan guna kad lama tanpa gangguan pon. Lega satu bab. Tak gaduh nak beratoq panjang kat bank. Tak sia-sia boleh google dan kawan bagitau caranya.

Ada lagi ka yang belum tukaq kad maybank? Boleh cuba cara online. Cuma pi kat card management, pilih atm/debit card, pilih replace card, isi alamat penghantaran dan ikut arahan seterusnya. Senang sangat.

Bank lain cikgu tak tau macamana cara. Tapi boleh google tengok. Semuanya di hujung jari dah la ni.

Penting ka tukaq kad atm ke debit card ni? Member cikgu bagitau, baru ni dia p bank dan tanya staf bank. Staf bank bagitau, kalau kita tak guna kat tu untuk membeli barang di supermarket, bayaq minyak ka, tak perlu pon tukaq. Kad masih boleh berfungsi seperti biasa. Penukaran ni cuma nak mudahkan urusan. Pasni kalau shoppinh kat supermarket, boleh bayaq guna kad debit ni cuma taip password ja. Tak perlu sign macam kad kredit tu. Gitew!

Sekarang semua bank buat promosi penukaran percuma ja. Kalau tukaq lepas 31.12.2016 ni, bank akan cas rm12.70 kalau tak silap. Tapikan, pada pendapat cikgu, daripada penat tunggu berjam-jam sampai naik lenguh kaki tu, baikla bertenang dan bayaq ja rm12.70 tu tahun depan. 😂😂😂

Ok, tu ja nak cakap hari ni. Kalau dah penat beratoq tu, bolehla beli MINYAK HERBA ASMAK dari cikgu buat urut kaki. Best habaq hang! 😚

Dapatkan Minyak Herba Asmak (30ml) dan Minyak Herba Asmak mini (10ml) pada harga promosi rm50 sahaja! Hubungi 013-5819100 (Basariah). Agen diperlukan di seluruh negara. Pengambilan agen sehingga 31 Disember 2016 sahaja! 
Dah tukar ke kad debit? Dah tukar ke kad debit? Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Disember 16, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.