Assalamualaikum
Saya terbaca tulisan ini dan rasakan ia sesuatu yang sangat bagus untuk dikongsi. Jemput baca ye
MINIMALIST
1. Minimalist bukan bererti kita buang dunia dan hidup dalam gua. Minimalist bukan bererti kita tak boleh ada harta benda dan kekayaan.
2. Minimalist bermaksud kita menyusun prioriti yang betul dalam hidup. Minimalist bermaksud hati kita tak terikat dengan kemewahan dunia; kita boleh buang bila-bila masa.
3. Untuk mudah semua orang faham, saya selalu gunakan istilah “hidup tanpa ropol” bagi menggantikan perkataan minimalist.
4. Apakah maksud ropol? Pernah tengok tirai? Tirai ada dua jenis. Satu yang beropol dan penuh renda. Satu lagi yang plain dan simple. Hidup tanpa ropol samalah seperti tirai yang plain dan simple tersebut - tak ada bunga dan renda-renda.
5. Bolehkah kita jalani kehidupan minimalist atau hidup tanpa ropol? Boleh, kita mulakan sedikit demi sedikit.
6. Apabila kita travel, cuba kita pack barang yang kita perlukan. Kemudian keluarkan satu per tiga barang tersebut. Kalau kita berjaya lakukan, ia bermaksud barang satu per tiga yang kita keluarkan itu adalah ropol. Kalau tak ada barang tu pun tak mengapa.
7. Cuba lihat apps dalam handphone kita. Berapa banyak yang kita download. Cuba delete satu per tiga apps tersebut. Kalau boleh delete, itu bermaksud apps yang kita delete itu adalah ropol.
8. Kadang-kadang kita hidup macam lipas kudung. Semua benda nak buat. Multitasking “kunun.” Cuba tulis balik kesemua perkara yang kita rasa kita nak kena buat. Susun ikut prioriti. Kemudian padamkan satu per tiga aktiviti tersebut - sesuatu yang kita rasa tak perlu buat pun. Kalau buat pun tak ada impak besar. Itulah aktiviti ropol.
9. Cuba buka almari baju. Letak sebelah baju yang selalu kita pakai dan baju yang sudah setahun kita tak pernah pakai. Baju yang sudah setahun tak pakai itu adalah ropol. Elok sedekahkan kepada orang lain atau jual.
10. Kalau kita suka minum di Starbucks atau coffee house hotel yang mahal-mahal, cuba review balik dan tengok sama ada minuman yang sama boleh dibeli di gerai atau kedai yang lebih murah. Saya bertemu usahawan tersohor Dato Hussamuddin Yaacub dan Dato Ir Guntor Tobeng di kedai makan biasa di Shah Alam. Tak perlu tempat mewah, itu ropol.
11. Sekiranya kita adakan majlis melibatkan menteri, kementerian atau jabatan, usah buat salutation panjang-panjang. Cukup sebut nama seorang dua tetamu saja. Sewaktu bekerja dulu, itu saya lakukan. Alhamdulillah tak ada siapa pun kecil hati apabila saya gugurkan nama yang beropol itu dari salutation list. Tuan Asrol Sahabat Hati dan Tuan Hazwan Hussein tahu bagaimana saya bercakap.
12. Saya masih ingat lagi bagaimana Perdana Menteri tegur seorang pembentang dalam Majlis Ekonomi Bumiputera. PM kata terus buat pembentangan, tak perlu salutation panjang-panjang.
13. Saya perhatikan Puan Ainon Mohd jalani kehidupan tanpa ropol di Kampung Janda Baik. Walaupun tanpa ropol, dia menjadi influencer dan mempengaruhi pemikiran pegawai-pegawai kanan kerajaan, orang politik dan pembuat keputusan mengenai bisnes kecil. Usah anggap kehidupan tanpa ropol itu tak berpengaruh.
14. Apabila kita hidup tanpa ropol, orang akan fokus kepada idea atau sumbangan kita yang berikan impak dalam kehidupan mereka. Kalau hidup beropol, orang akan dekat dengan kita disebabkan kita ada pangkat, gelar dan kuasa. Apabila kita hilang kesemua ini, kita akan keseorangan. Kalau tak percaya, cuba tanya orang politik yang dulu ada jawatan besar. Dato Abd Muhaimin ARahman Nazri, Dato Amir Shafi, Dato Sri Norol Azali, Dato Roslan Ab Hamid, Dato Mohd Yusof Din, Dato Dr Abdul Rahman Sh dan Dato Tok Baruh tentu faham apa yang saya sebutkan ini. Mereka pernah melihat orang yang berada di koridor kuasa.
15. Apakah manfaat apabila kita jalani kehidupan minimalist atau hidup tanpa ropol?
16. Pertama, kita tahu prioriti dalam hidup. Kita perlukan kenderaan, kita tak perlukan lima buah kereta atau beli kereta mewah. Kita perlu makan, kita tak perlu makan di hotel lima bintang. Kita perlukan pakaian, kita tak perlu beli jenama mahal. Kita perlu bekerja, tapi kita tak perlu buat kerja yang tak ada impak.
17. Kedua, apabila kita tahu prioriti, hidup kita akan lebih terarah. Kita tahu ke mana nak tuju. Kita tahu yang mana perlu didahulukan. Kita tak sibuk macam ayam kena sembelih tapi tak mati. Kita akan fokus.
18. Ketiga, kita akan kurang berbelanja apabila tidak bayar untuk barang atau perkhidmatan beropol. Apabila kita kurang belanja, kita ada duit untuk bayar hutang dan simpanan. Kita akan fikir masa depan. Kita boleh merancang pencen awal - dan laksanakan perancangan itu. Puan Lily Sabrina Md Saberi, Dato Rohana Ramly, Tuan Norlukmal Mat Ghani, dan Dr Khairi Rahman adalah mereka yang tinggalkan kehidupan beropol.
19. Keempat, selalunya kita buat kerja beropol ini untuk gembirakan orang lain atau nak dapatkan pengiktirafan mereka. “Mereka” di sini boleh jadi bos atau kawan-kawan, termasuklah kawan-kawan Facebook. Apabila kita ghairah sangat nak gembirakan orang lain, orang yang paling tak gembira ialah kita. Dengan hidup minimalist, kita gembirakan diri sendiri dan orang lain akan gembira dengan kita.
10. Dan akhir sekali kelima, hidup kita akan lebih tenang. Apabila kita membuang kehidupan beropol, kuranglah semak; lebih-lebih lagi dalam “vuca world” sekarang. Kalau nak tahu apakah “vuca world,” boleh tanya Dr Nurrul Iiyana dan Dr Izham Shah Arif Shah!
Fb : Norizan bin Sharif
Dah bersedia menjadi MINIMALIST? Lebih sedikit, lebih tenang 😘

Reviewed by Teacher Basariah
on
Khamis, Februari 15, 2018
Rating:
Tiada ulasan: