Seo Services

Bestnya Refarm Kampar


Assalamualaikum

Hari Ahad baru ni cikgu bawa pelajar menjalani latihan olahraga di Stadium Rakan Muda Kampar.

Sementara menanti pelajar siap latihan, cikgu pon usung anak-anak cikgu ke Refarm Kampar yang terletak lebih kurang 5.7km dari situ.

Pemandangan pagi pelajar buat warming up

Jurulatih dah sampai, cikgu tinggal jap ye. hehehe

Nurin dah excited nak masuk

Jadi orang pertama ni. Parking pon kosong lagi. Haha

Ni tempat beli tiket. 
Ni la rupa bentuk tiket masuk refarm. 

Harga tiket dewasa RM10 seorang. Kanak-kanak RM5. Kalau bawa makanan dikira ikut pasukan/group. 1 group RM10. Kami bawak bekal nasi lemak nak makan kat dalam. So total RM45 bayaran masuk kali ni.

Eh, belum ready la!

Cepat bergambar sementara orang tak ramai ni. 

Dia lari pulakkkkk...

Mama, ada ikan!

Ok, amikla gambar dengan ikan ni ye. Ready semua, peace!
Syoknya selepas lalu part ikan ni, laluan adalah macam terowong pertanian dengan tumbuhan berjurai-jurai. Best betoi. Sejuk je. Rasa macam kat obersea.

Ok, jumpa biri-biri batu plak. Amik sorang sekoq

Suka mek Nurin dapat naik atas anak biri-biri

Kusyuk jurukamera kat belakang nun amik gambaq

Selepas jumpa biri-biri ni sebelah tu ada kafetaria. Disebabkan kami bawak bekal, kami makan kat situ. Bertentangan situ ada satu kolam mandi yang luas. Ada divider untuk bahagian kanak-kanak dan dewasa. Masa kami sampai tiada orang mandi lagi kat situ.

Ada kura-kura comel dalam ni

Aik, mana nurin?

Berlatarbelakang arnab comel

Rafif pon nak gambar dengan rabbit

Banyak juga rabbit gebus kat sini

Kambing baru dapat makan

Bapak kambing makan tak pandang kiri kanan

Anak kambing makan sopan 

Sepanjang susur ni ada tumbuhan markisa. Berbuah lebat. Geramnya!

Belakang tu ada burung unta besar yang garang. Telur dia ada dijual tau. Sebiji rm100.

Bersambung dengan mini zoo ni ada kolam ikan. Boleh bawak sauk dan main tangkap ikan. Pastu bersebelahan mini zoo pula ada taman herba. Sepanjang taman herba memang bergayutan buah-buah markisa. Subur pokoknya. Nak beli benih ada dijual kat sini.

Teruskan perjalanan hala ke atas bukit. Nampak kat sini ada air pancur.

Dua orang budak ni tak sabar nak tengok ada apa kat atas bukit nun

Owh..rupa-rupanya ada kolam mandi lagi. Kolam ni lagi best sebab tempat dia teduh dan banyak gazebo untuk melepak menikmati pemandangan. Razin pandang atas tu katanya ada vila dan chalet. Maleh nak panjat.

Mama bagi mandi ke tak ye?

Sebelah kolam mandi siap ada air terjun..Cantik sangat. Tapi kawasan ni dilarang masuk

Muka budak frust dapat tengok je orang mandi. Haha.

Big boss rilek je walau tengok muka sedih anak-anak. Maleh nak layan.

Akhirnya dapat juga pose berdua.

Nurin yang tak pasti nak gembira atau sedih

Eh, gambar ni clear sikit. Rupanya kat cermin tadi ada habuk.😂

Dah puas melepak tengok je orang mandi sambil ambil feel sejuk dan damai tu. Kami p jalan ke terowong masa. Maaf ker part ni gambar banyak dalam henpon big bos. Cantik terowong masa ni.

Tengok jam awal lagi. Sambung p masuk nak lawat mini zoo sekali lagi sebelum balik. Tetiba perasan, eh rusa dah keluarla! Jom main dengan rusa jap.

Nurin pandang je dari jauh. Nak p ke tak ye?

Ni dia pandang patung kuda plak bawah wakaf. Besar patungnya.

Ok, dah berani dekat sikit. Bang chaq dengan bang ngah rileks je bagi rusa makan. Jinak sungguh rusa ni!
Dah pukul 11 pagi, kami keluar dari refarm nak ambil pelajar cikgu bawa pulang ke sekolah.

Alhamdulillah. Percutian yang singkat tapi merehatkan juga otak. Ada rezeki kita datang lagi.

Pekerja refarm ni ramah dan baik. Sesuai sangat tempat ni untuk percutian keluarga. Ada villa dan chalet tau. Siap ada yang bersambung dengan kolam peribadi lagi.

Pastikan bawa bekalan makanan dan baju mandi supaya anak-anak boleh berendam sepuasnya.

Cikgu bagi 4✴.

Bestnya Refarm Kampar Bestnya Refarm Kampar Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mac 12, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.