Assalamualaikum
Buat pengetahuan semua, untuk mengelakkan kejadian litar pintas,ELCB yang berada dikotak suis utama (yang bila kilat kuat dia jatuh,pastu kita tolak naik semula keatas tu),benda itu adalah sangat penting untuk kita yang berada dirumah memeriksa sebulan sekali.
Caranya ialah dgn menekan butang 'push to trip' disebelah punat automatik tersebut. Jika setelah ditekan butang 'push to trip' automatiknya jatuh bermakna ELCB anda dlm keadaan baik tetapi jika anda tekan 'push to trip' dan ELCB anda tidak jatuh,maka cepatlah menghubungi wireman untuk menukar yang baru.
Rumah anda dlm keadaan bahaya dan risiko kebakaran boleh berlaku. Peringatan bila tekan butang 'push to trip' rumah anda akan black out kerana bekalan elektrik telah diputuskan,jangan bimbang just tolak semula ke keatas dan bekalan elektrik anda akan kembali kepada sediakala.
ELCB- Earth Leakage Circuit Breaker
Sumber : FAFIQ Electrical Service
Apabila musim cuti sekolah ni kadang tak sedar penggunaan elektrik rumah meningkat. Banyak peralatan yang digunakan serentak. Elok periksa sistem pendawaian di rumah terutama di rumah kampung yang dah lama tak diusik tu. Malang tidak berbau. Cegah sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.
Cara mudah elak litar lintas di rumah
Reviewed by Teacher Basariah
on
Selasa, Mac 20, 2018
Rating:
Tiada ulasan: