Seo Services

Bell Palsy gejala umpama strok. Baca sampai habis ya.

Assalamualaikum

Saya terbaca kiriman seorang rakan dalam whatapps dan terfikir untuk berkongsinya dengan anda. Teringat seorang pelajar saya pernah diserang penyakit ini. Mukanya herot sebelah. Semasa saya bertanyakan tentang adakah dia terkena strok, jawapannya bukan strok tetapi Bell Palsy.

Mengapakah penyakit umpama strok ini terjadi dan mengapakah ia berlaku? Jom baca!

*Berita Dari TV Indonesia*.
Rano Karno, Penyanyi & Pelakon filem terkenal Indonesia sekarang sedang menderita sakit *Bell's Palsy*, yang mengakibatkan muka jadi herot menyerupai Stroke.

*PENYAKIT BELL'S PALSY*  (Akibat Semburan Angin Air-Condition/Hawa Dingin)

Ada seseorang yang merasakan hidupnya sehat2 saja tapi tiba2 di suatu pagi, selepas dia bangun tidur, mendadak dia merasa bahawa muka dia tak boleh gerak sama sekali. Dia fikir dia kena stroke ringan, tapi setelah di periksa gula darah, kolesterol & tekanan darahnya juga normal dan setelah di diagnose lebih lanjut ternyata dia kena serangan yg namanya *BELL'S PALSY*.

Penyebabnya adalah :  UDARA DINGIN/AIRCOND.

Ternyata dia tidak sedar kalau dia sering terkena angin Air Condition di pejabatnya & dia juga selalu mengarahkan Air Condition di keretanya ke arah badan dan mukanya. Hal ini adalah penyebabnya, meskipun dia tak merokok, minum alkohol, dan dia selalu hidup sihat.

Alhasil, separuh muka dia tak boleh gerak. Dia tak boleh senyum, matanya yg kanan tak boleh kedip & bahkan lidahnya tak boleh gerak ke sebelah kanan. Hal ini disebabkan kerana PERADANGAN SARAF ke-7, yang letaknya ada dari BELAKANG TELINGA sampai ke LEHER kita.

Jadi mulai sekarang lindungi leher anda dengan syal atau jangan duduk di tempat yg terkena terus angin Air Condition. Jangan arahkan semburan angin Air Cond terus ke tubuh dan muka kita!!!

*BELL'S PALSY DISEASE* ini boleh juga menyebabkan masuk angin ke jantung (akibat lainnya boleh mendadak meninggal) atau kena paru2 berair dll.

Berhati2 la. Penyakit ini datang tiba2, mungkin boleh menyerang anda...

Sumber:
*Dr. William, MBA*

(RS. SILOAM, Jakarta)

Namun, ada pula yanng memberikan ulasan lebih lanjut tentang penyakit ini. Sila sambung baca.

*Bell's Palsy* *bukan* disahkan disebabkan oleh udara dingin atau aircond.. *tiada bukti* setakat ini oleh udara dingin/aircond.

setakat ni, mereka yang berisiko terkena Bell's Palsy ialah mereka yang ada *diabetik, darah tinggi, jangkitan pernafasan/influenza, tumor,* atau penyakit keturunan. Menurut saintis dan pakar perubatan, bell's Palsy disebabkan oleh *jangkitan virus*. Namun penyebab utama masih unknown/dalam kajian.

Berdasarkan data, mereka yang paling berisiko terkena Bell's palsy ialan mereka yang ada diabetik, darah tinggi, akibat keturunan dan perempuan mengandung (sbb kandungan gula boleh naik).

https://www.ninds.nih.gov/Disorders/Patient-Caregiver-Education/Fact-Sheets/Bells-Palsy-Fact-Sheet

Boleh baca di sini sebagai tambahan.

Apa-apapun nasihat saya, beringat sebelum kena. Kalau dah kena, teruslah berikhtiar sehingga pulih sepenuhnya. Pelajar saya tu pon sekarang dah sihat sepenuhnya dan dah smbung pengajian dia pun. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati 😀

Minyak Herba Asmak sesuai digunakan sebagai urutan untuk terapi pesakit strok


Ahli keluarga anda terkena strok? Cubalah amalkan sapuan Minyak Herba Asmak ke seluruh badannya setiap hari. In shaa Allah dengan izinNya akan beroleh kesembuhan.
Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Bell Palsy gejala umpama strok. Baca sampai habis ya. Bell Palsy gejala umpama strok. Baca sampai habis ya. Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Jun 24, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.