Seo Services

Book Review : DIET TANPA STRES

Assalamualaikum

Salam semua. Di pagi sabtu yang indah ni, cikgu nak perkenalkan hangpa sebuah buku yang best. Wajib baca sebelum tamat 2018 😁 Yelah kan, tahun depan wajib mula dengan azam dan semangat baru. Hehe.

Tengok cover buku ni pon dah semangat nak baca sampai habih tau. Buku ni halaman dia pon takdela satu kaler ja. Berwarna warni lagi 

Membaca buku nie, buat hangpa yang beratus kali kecundang buat diet tu semangat balik nak diet. Percayalah, diet yang stres memang payah nak berjaya. Cikgu dah cuba dik.

Penulisan yang santai dari hati dan zapps teruih masuk ke hati. Tambah lagi penulis adalah orang yang pernah obes sebelum ni. So of kos la dia feel u ok! Hangpa is not alone. Ecewahh 😂

Tips diet berkesan terutamanya bagi orang yang wajib telan nasik tiap tiap hari macam cikgu ni 😃

Dlu cikgu pon dah beratuih kali frust dengan diet sampai ada sekali tu berat dah cecah 1++kg 😭 Stress cikgu makan, lapaq lagilah cikgu makan. Mujur ada sorang member suggest  join ustaz fitness Arif Sukri ni dan berjayalah kurangkan dalam 14kg. Masa? Pastilah bukan sehari dua. Slowly but surely.

Tips asas buat orang yang obes pon ado tau. Follow tips ringkas tapi berkesan ni, in shaa Allah tak menyesal

Sesuatu yang membanggakan cikgu, cikgu masih dapat maintain berat tanpa kembali ke berat asal hampir setahun sejak cikgu mula program diet kalori dengan coach Arif ni.

Deep oi!

Hangpa wajib baca buku ni. In shaa Allah tarak menyesal punya. Kat mana nak dapat? Boleh dapatkan di kedai buku popular seluruh malaysia tau. Kat MPH bookstore pon ada.

Buku yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd ni cuma berharga rm30/rm32(ss) dan boleh didapati di kedai-kedai buku seluruh Malaysia. Harga yang sangat berbaloi untuk ilmu yang tak ternilai di dalamnya.

Buku 'Diet Tanpa Stres' yang cikgu punya ni spesel ada tandatangan penulis lagi. Nak hat spesel camni hangpa wajib follow fb ustaz fitness ni rapat-rapat ok 😜

Yeay, dapat otograp! 😄

"Beza diet dengan mogok lapar adalah: Orang diet ada pelan pemakanan khusus, makan ikut kawalan dan besederhana. Orang mogok lapar itu mereka menahan lapar. Dua-dua dapat kurus, tapi sorang kurus sihat, sorang lagi tidak" - Ustaz Fitness

0135819100 Cikgu Basariah
Book Review : DIET TANPA STRES Book Review : DIET TANPA STRES Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Disember 15, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.