Seo Services

MACAM MANA NAK ELAK PERSAINGAN ANTARA ADIK BERADIK NI ?

Assalamualaikum

Anak yang lebih besar biasanya kurang cemburu kepada bayi berbanding perbezaan usia yang kecil

Sebelum ni cikgu ada share mengenai persaingan antara adik beradik. Harini cikgu nak sambung sikit lagi mngenai tips bagaimana nak elak persaingan antara adik beradik ni.

Ada beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mempersiapkan anak anda sebelum meyambut kehadiran ahli keluarga yang baru.

✅ Beritahu anak kecil anda tentang kelahiran yang bakal berlaku. Jelaskan pada anak anda dengan nada yang lembut dan bahasa yang mudah.

✅ Terangkan kepadanya apa yang akan berlaku di rumah apabila bayi tiba. Jangan sesekali buat anak anda merasa berat sebelah

✅ Biar anak anda terlibat dalam persediaan menyambut bayi anda. Tanya anak anda baju apa,warna apa, bentuk apa yang sesuai dgn adiknya nanti. Baru mereka rasa tak tersisih

✅ Beritahu dia apa yang akan berlaku apabila anda pergi ke hospital untuk bersalin. Jangan sesekali buat anak anda terpinga-pinga. Kena pastikan dia tidak sunyi.

Jika anda ada cara yang lebih selesa dan mudah boleh gunakan yang penting jangan sesekali anda bekasar dengan anak anda dan jgn buat mereka tersisih. Tak mudah jadi "Pengadil" untuk anak-anak.

Teringat dulu masa lahirkan rafif, Razin sangat baik. Tapi cikgu takleh lupa pandangan mata dia masa tengok adik baby masa tu menyusu. Sedih dan satu plak rasa bila dikenang. Tapi syukur alhamdulillah, sekarang ni dialah yang banyak tolong cikgu jaga adik-adik dia.

Sekarang ni masa nak bagi Rafif dan Nurin pula belajar berkongsi dan tak bergaduh. 😂


#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Penat melayan karenah anak-anak? Sapuan fresh n cool membantu tidur yang lena dan memberi kelegaan pada urat yang tegang tau 😘
0135819100 Cikgu Basariah
MACAM MANA NAK ELAK PERSAINGAN ANTARA ADIK BERADIK NI ? MACAM MANA NAK ELAK PERSAINGAN ANTARA ADIK BERADIK NI ? Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Disember 28, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.