Seo Services

APA ITU EDEMA@OEDEMA ?

Assalamualaikum

Bengkak pada buku lali dan tapak kaki (dikenali sebagai oedema) berlaku dalam kehamilan kerana badan anda menyimpan lebih banyak cecair daripada biasa.

Situasi bagaimana edema berlaku

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul.

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan.

Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan.

Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat.



#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak


Mencari produk selamat untuk digunakan sepanjang kehamilan? Jom cuba minyak herba asmak 😀
0135819100 Cikgu Basariah
APA ITU EDEMA@OEDEMA ? APA ITU EDEMA@OEDEMA ? Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Januari 03, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.