Seo Services

HAIWAN PELIHARAAN & BAYI : Selamatkah Tinggal Bersama?

Assalamualaikum

Kebanyakan haiwan peliharaan bersikap lembut dengan kanak-kanak kecil, tetapi masih penting untuk mengawasi keadaan yang boleh membahayakan bayi anda. Ada beberapa langkah berjaga-jaga yang anda boleh ambil untuk memastikan bayi anda selamat, terutamanya apabila dia sudah mula merangkak dan berjalan.

Ketika bayi anda masih sangat kecil, anda secara amnya boleh memisahkan dia daripada haiwan peliharaan dalam kebanyakan masa. Jauhkan haiwan peliharaan dari bilik di mana bayi anda tidur, dan jangan sekali-kali benarkan haiwan itu tidur di katil dengan bayi anda.

Sukanya baby ni dengan kucing tu kan? 😁

Kucing, walaupun biasanya tidak cemburu, tetapi tertarik dengan kehangatan katil atau bakul bayi. Gunakan jaring untuk menutup kereta sorong atau kerusi tolak bayi yang diletakkan di tingkat bawah atau di luar rumah. Walaupun anda mungkin tidak memelihara kucing, kucing-kucing lain di kejiranan anda mungkin ingin tahu

Jika rumah anda mempunyai taman, ia boleh dipagarkan supaya ada tempat yang selamat untuk bayi, asing daripada kawasan haiwan peliharaan. Jika haiwan peliharaan anda dibenarkan menggunakan keseluruhan taman, anda mungkin perlu memeriksanya semula dan gunakan penyodok najis sebelum membenarkan anak anda bermain di luar

Periksa dengan doktor haiwan berapa kerapkah anda perlu memberi ubat cacing kepada haiwan peliharaan anda. Jangan sesekali meninggalkan ubat cacing atau sebarang ubat haiwan yang lain di tempat yang boleh dicapai oleh bayi anda.


#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

0135819100 Cikgu Basariah
HAIWAN PELIHARAAN & BAYI : Selamatkah Tinggal Bersama? HAIWAN PELIHARAAN & BAYI : Selamatkah Tinggal Bersama? Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Januari 17, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.