Seo Services

REVIEW RESTOREN KAK TIMAH TELUK INTAN

Assalamualaikum

Hari ni cikgu nak buat review kedai steamboat kat Teluk Intan ni.

Kebetulan tempoh hari cikgu dan kawan-kawan booking satu ruang kat kedai tu untuk meraikan sahabat kami yang berpindah 😄

Eh gegar plak tangan

Bilik yang kami tempah ni ada pendingin hawa namun masa kami pi tu dia tak berfungsi. Maka panasla sket. Dahla bersteamboat bagai. 😅

Untuk mengurangkan haba, pintu terpaksa dibuka. Bilik ni agak besar dan boleh memuatkan sehingga 20 orang

Ok, chicken grill dia agak sedap. Cuma kuah diberi sikit sangat. Ayam lembap dan berjus. Portion yang sesuai untuk seorang makan.

Ni pula antara bahan yang diberi untuk steamboat. Budak-budak memang serbu megi la. Kuah diberi dua jenis iaitu kuah sup dan kuah tomyam.

Ruang yang selesa untuk borak-borak santai. Harga agak mahal, rasa boleh tahan. 

Signboard besar boleh nampak dari tepi jalan. Terletak di sebelah kiri jalan utama menghala ke pekan Teluk Intan. Bersebelahan restoren makanan segera Mc Donals.

Terlebih kenyang makan mula rasa perut memulas. Kita sapu Minyak Herba Asmak dulu. Hihi.

Nak cikgu buat review untuk korang? Contact je cikgu kat nombor ni ya 😘 0135819100 Cikgu Basariah
REVIEW RESTOREN KAK TIMAH TELUK INTAN REVIEW RESTOREN KAK TIMAH TELUK INTAN Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Januari 14, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.