Seo Services

"HMMM MACAM MANA NAK BALIK KAMPUNG NI ANAK DEMAM LAH PULAK"

Assalamualaikum

Tengah syok kemas kain baju esok nak balik kampung tiba-tiba anak pulak demam. Haa sudah tepuk dahi mummy daddy. Nak balik ke tak ni anak tak sihat la pulak."



Sempena cuti Tahun Baru Cina ni, pasti ramai yang nak balik kampung. Tapi bila anak tiba-tiba tak sihat fuhhhh pening kepala. Sebagai ibu bapa, anda boleh je balik kampung meskipun anak anda tak sihat tapi anda kena pastikan anda tahu apa yang perlu anda sediakan ketika dalam perjalanan tak kisah lah jauh ataupun dekat.

Untuk pulang ke kampung bersama anak yang demam, antara tips yang saya boleh kongsikan dengan mummy dan daddy di luar sana ialah :

✅PASTIKAN ANDA MENYEDIAKAN BEKAS UNTUK UBAT
Nak balik kampung tu mummy dan daddy perlu sediakan bekas ubat khas untuk digunakan kecemasan nak pulak bila anda pulang ke kampung dalam keadaan anak tak sihat. Antara peralatan dan ubat yang boleh disyorkan untuk dibawa ialah :
- Kool Fever
- Hansaplast
- Aloe Vera Gel
- Ubat Selsema
- Botol Spray
- Syringe
- Ubat batuk
- Termometer
- Nasal Spray

Ni antara contoh peralatan dan ubat yang boleh dibawa. Kalau nak tambah lagi pun boleh. 😊

✅BAWA AIR MINERAL YANG SECUKUPNYA
Nak pulang ke kampung ni air mineral wajib ada dalam setiap kereta. Nak pulak kalau anak anda tak sihat anda kena bagi dia minum.  Kalau  nak tengok anak cukup minum air ke tak, cuba kira berapa kali bawa anak ke tandas untuk buang air kecil atau cuba kira berapa kali anda perlu tukar pampers anak. Kalau memanjang ringan je pampers ataupun air kencing anak sikit je/ nampak pekat kekuningan itu tandanya masih kurang air dalam badan anak. Kalau dia tak nak minum air mineral, takpe beli je air vitagen ke air kotak ke janji anak anda minum air untuk elakkan hidrasi

✅STANDBY BAJU LEBIH, TUALA KECIL & PLASTIK
Bila anak tak sihat risiko untuk mereka untuk muntah amat tinggi so elok lah bawa baju spare dan tuala kecil. Plastik boleh digunakan bila anak anda nak muntah. Takdelah bersepah kereta anda nanti.

✅ PASTIKAN ANAK ANDA PAKAI BAJU YANG SELESA
Nak jalan jauh ni make sure anak anda pakai baju yang longgar. Pakaian yang longgar memudahkan anak anda bernafas disamping pengudaraan yang baik. Jangan pulak anak tengah demam anda pkaikan dia pakaian yang merimaskan dia. Bahaya.

✅RANCANG PERJALANAN
Kalau nak balik kampung bersama anak yang tak sihat ni seeloknya anda bertolak waktu pagi ataupun malam bagi mengelakkan kesesakkan jalan. Kalau anda stuck dekat jem nanti anak anda tak selesa. Berhenti di R&R untuk mendapatkan rehat terutama bagi mummy dan daddy.


Apa yang anda lalui ni nanti akan memudahkan anda bila terjadi lagi perkara yang sama. Sekurang-kurangnya anda dah tahu ape nak buat kalau terjadi lagi. Selamat bercuti 🙋🏻‍♂


#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang

#WeAreFamily

0135819100 Cikgu Basariah
"HMMM MACAM MANA NAK BALIK KAMPUNG NI ANAK DEMAM LAH PULAK" "HMMM MACAM MANA NAK BALIK KAMPUNG NI ANAK DEMAM LAH PULAK" Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Februari 04, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.