Assalamualaikum
Baru ni kita digemparkan dengan tragedi menyayat hati yang menimpa dekat seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Nur Qhaisarah Medina Supian, 2 tahun di Kampung Teluk Pial Baroh, Kuala Kurau pada Ahad lalu dikatakan tertusuk pisau di bahagian perut ketika berada di rumahnya.
Ibu mangsa, Hana Mazlan 27 berkata ketika kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, dia sedang tidurkan anak bongsunya di ruang dapur sebelum mangsa datang minta susu. Hana meminta mangsa menunggu sekejap sementara dia menidurkan anak bongsu namun Nur Qaisarah pergi ke arah neneknya yang juga berada di dapur sebelum terpijak pinggan. Setelah itu, mangsa terjatuh atas pinggan dan pisau yang berada di atas pinggan tertusuk di bahagian kiri perut.
Ibu mangsa terus pangku mangsa tapi beliau tak sedar sebenarnya ada pisau yang tertusuk dekat perut kiri mangsa. Pisau sepanjang 15 sentimeter itu disedari oleh salah seorang dari ahli keluarga beliau kemudian panik lalu mencabut pisau tersebut.
LUKA TUSUKAN DALAM KONTEKS RAWATAN AWAL KECEMASAN
Tusukan dari benda tajam amatlah berbahaya terutama sekali dikawasan abdomen badan, perut, dada, belakang badan, muka dan kawasan yang lain. Paling membimbangkan dan menakutkan kalau tusukan itu terkena dekat saluran Aorta iaitu saluran darah terbesar dalam badan manusia dimana ia boleh menyebabkan pendarahan tanpa henti.
Sekiranya anda berada dalam situasi ini, step pertama anda kena buat JANGAN PANIK !. Lumrah sebenarnya bagi kita bila ada benda yang berbahaya melekat dekat badan kita dan kita nak buang benda tu. Dalam kes seperti ini jangan sesekali cabut sebab kita tak tahu pisau ini dah terkena dibahagian mana dalam badan kita.
LANGKAH ELAK RISIKO KEMATIAN
Bila terjadi perkara ni, antara langkah yang boleh diambil :
- Tenangkan mangsa dulu. Jangan panik
- Jangan cabut objek yang tertusuk itu.
- Jangan bagi mangsa banyak bergerak
- Cuci luka tadi dengan air bersih
- Buat "balutan donut" menggunakan kain bersih dan letak dikawasan terkena tusukan tadi dan tutup menggunakan kain yang lain.
- Jangan ikat anggota tercedera kerana boleh merosakkan tisu dan organ badan kerana tidak dapat bekalan darah yang secukupnya.
- Hubungi 999 untuk bantuan segera.
Pentingnya bagi semua orang untuk ketahui rawatan dan langkah yang perlu diambil bila terjadinya insiden sebegini. Kadang kita tengok drama ke movie ke bila seseorang kena tikam dia tanggal begitu saja objek tadi. Salah sebenarnya tu. Untuk elak benda sebegini berulang simpan dan letak ditempat yang tinggi objek yang tajam terutama sekali di kawasan dapur.
Kami Minyak Herba Asmak mengucapkan salam takziah kepada keluarga adik Nur Qhaisarah Medina.
#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily
0135819100 Cikgu Basariah

Sentiasa pastikan pisau diletakkan di tempat tinggi, selamat dan sukar dicapai |

Malang tak berbau, sediakan diri dengan ILMU berikut
Reviewed by Teacher Basariah
on
Isnin, Februari 25, 2019
Rating:
Tiada ulasan: