Seo Services

Tips ibu menyusu cergas di bulan puasa

TIPS BUAT IBU MENYUSUKAN BAYI SEMASA RAMADHAN

Ramadhan tak lama lagi. Pejam celik pejam celik. Tak berapa hari je lagi kan. Ibu-ibu dah sedia ke? Lebih-lebih lagi buat ibu menyusukan bayi tambahan pula cuaca tak menentu sekarang ni kejap panas sekejap hujan.

Kak Ayu kongsikan tips yang mungkin serba sedikit sebanyak membantu ibu-ibu di luar sana untuk kelihatan bertenaga walaupun berpuasa sambil menyusukan bayi.

1. Minda perlu positif. Setkan di dalam kepala bahawa berpuasa tidak membebankan dan mengurangkan susu walau sedikit pun sebab Islam ni mudah tak membebankan pun. Tapi kalau dah tak larat dan nampak lampin bayi kurang air kencing elok berbuka puasa supaya tak mudarat pada bayi dan ibu.

3. Pengambilan air masak yang cukup. Dari buka puasa sampai waktu sahur minum air masak secukupnya. Kalau boleh sukat berapa banyak air masak dah minum. Biasa Nurul akan letak air masak dalam botol yang cantik dan seronok menarik buat nak minum air. Letak atas meja berbuka, letak sebelah sejadah masa solat terawih, letak masa nak tidur malam dan waktu sahur supaya kita minum dan tahu berapa banyak air yang dah kita minum.

4. Makan makanan berzat. Kurangkan makanan berminyak dan berlemak. Seeloknya makan makanan seimbang ada nasi, ikan@ayam@daging, sayur dan buah. Penting makanan seimbang ni sebab segala apa yang ibu makan akan diserap zatnya oleh bayi tau.

5. Waktu tidur dan rehat secukupnya. Elakkan berjaga malam untuk dapatkan tidur yang berkualiti supaya emosi dan hormon stabil disiang hari. Kalau nak solat malam bangun awal masa sahur ya.

6. Amalkan air nabiz (air rendaman kurma sebelum tidur) dan minum masa sahur.

7. Jadikan amalan makan kurma dan minum susu sebelum tidur dan pada waktu sahur.

8. Jadikan amalan membaca surah hujurat dan selalu berdoa supaya niat ibu untuk menyusukan bayi sehingga umur dua tahun dipermudahkan dengan bekalan susu yang mencukupi dan cukup zat tanpa putus walaupun sedikit.

9. Jangan tertekan. Sentiasa gembira sepanjang menyusukan anak kerana tak semua ibu merasa peluang menyusukan anaknya sehingga umur dua tahun. Emosi ibu mempengaruhi dan mengganggu pengeluaran susu dan proses penyusuan.

10. Amalkan makanan tambahan lain macam madu kurma merah.

Selamat mencuba.

Semoga perkongsian Kak Ayu ni dapat membantu serba sedikit ibu-ibu yang menyusukan bayi.

#KakAyuAsmak #Asmak4u057 #057gempur


Anak kenyang, ibu gembira dan lebih tenang.

0135819100 Cikgu Basariah
Tips ibu menyusu cergas di bulan puasa Tips ibu menyusu cergas di bulan puasa Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, April 06, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.