Seo Services

Tips Jaga Kelakuan Anak

5 Tip Anak Menjaga Kelakuan Ketika Berkunjung ke Rumah Orang


Apa yang tak pernah dilalui kan bila kita ada anak-anak yang masih kecil.

Saya pernah ada pengalaman berkunjung ke rumah orang yang tiada anak.Setiap tingkah laku anak kita walaupun hanya mengambil sudu diperhatikan dari hujung mata sampai saya rasa rimas.Sejak itu saya agak berhati-hati nak ke rumah orang yang tak ada anak.Tapi saya tahu,bukan semua,ada sahaja yang sukakan kanak-kanak.Harap tiada yang terasa jika anda bukan golongan yang tak berapa faham kanak-kanak ye.

Bukan salah mereka juga,kerana kita sendiri pun selepas ada anak baru faham ragam anak-anak yang kadang di luar kemampuan kita.

Pengalaman ke rumah orang yang ada anak pula,ada yang ok ada yang tak.Kita tak boleh nak salahkan tuan rumah,mereka ada hak untuk tidak suka dengan kelakuan anak-anak kita.

Jadi apa yang saya cuba didik anak dalam hal ini ialah :

1. Selalu cerita adab dan kelakuan yang sepatutnya bila berkunjung ke rumah orang.Awal-awal memang ada berlaku juga,tapi saya tetap terus berkempen dengan mereka.

2. Anak-anak yang tak dengar cakap,naik kereta memang kami akan basuh cukup-cukup sampailah akhirnya mereka serik dah.

3. Bila mereka tahu mereka akan kena dalam kereta nanti,mereka lebih berhati-hati ketika di rumah orang.

4. Apabila ada yang tak sengaja,saya hanya perlu jeling sahaja.

5. Kalau tak jalan,perlahan-lahan dekatkan diri dengan anak,berikan cubitan berbisa yang taklah sakit sangat tapi pedih sambil bagi bisikan misteri.InsyaAllah fahamlah mereka nanti.

Alhamdulillah,setakat ni ianya menjadi untuk anak-anak saya,selamat mencuba 😊

Pengalaman Pn Nfam

Dibawakan oleh Asmak untuk ingatan kita bersama.


#Asmak #WeAreFamily

0135819100 Cikgu Basariah
Tips Jaga Kelakuan Anak Tips Jaga Kelakuan Anak Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Jun 03, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.