Seo Services

REVIEW RESTOREN: NASI DULANG PYORR TELUK INTAN

Assalamualaikum

Malam Selasa baru ni, cikgu berkesempatan bawak keluarga menikmati makan malam kat restoren Nasi Dulang Piyorr yang terletak di bangunan perniagaan Taman Melor, Teluk Intan. Lokasi kedai ni mudah nak cari sebab dia hampir setentang dengan TF Taman Melor dan dia ambil kedai lot tepi.

Sebelum ni kedai ni beroperasi siang je. Cikgu tak de masa nak singgah. Asal sampai je dah tutup maklumla waktu operasi sebelum ni bermula jam 11 pagi - 4 petang je.

Kemudian, cikgu dapat tahu yang kedai ni dah buka untuk operasi malam bermula jam 6 petang - 11 malam. Apa lagi, mari kita cuba la. Ahaha 😆

So malam ni cikgu pekena menu Lamb Chop. Suami cikgu pula pekena Nasi Teringin Kambing Bakar. Anak-anak semestinya nak ayam. Jadi depa order Chicken Chop. Razin amik Chicken Chop Crispy manakala Rafif dan Nurin berkongsi Chicken Chop Cheezy.

Air pula cikgu order lemon suam je. Suami cikgu order air coklat, Razin dan Rafif minum teh ais pyorr. Kesedapan air teh ais dia memang ramai dah tau la. Tapi yang paling tak sangka, air coklat dia pon sangat sedap. Dilimpahi rasa coklat yang mewah gitew.

Kami menanti lebih kurang 15 minit sebelum makanan dihidangkan. Air sampai awal jugakla. Bagi cikgu masa menunggu tak lama berbanding orang yang agak ramai pada masa tersebut.

Sekali sampai, pergh!! Besarnya portion dia. Kalah saiz masa makan kat Pak Mat Western hari tu. Cuba hangpa tengok gambar kat bawah ni 👇

Ni Lamb Chop cikgu order. Kalau tak silap harga dia dalam rm17.50

Nasi teringin kambing black paper pon harga dia kalau tak silap rm17.50

Menu Razin crispy chicken Chop harga dalam rm14

Menu Rafif dan Nurin Cheezy Chicken Chop harga dalam rm16

Puasla dua beradik ni makan. Memang banyak dan besar ayamnya pastu kaya dengan limpahan cheese lagi

Berselera Nurin makan ni

Rafif yang cerewet pon boleh pulun makan. Tandanya apa? Tandanya SEDAP sangatla tu

Bang Chaq yang sentiasa berselera makan

Salah seorang staf adalah bekas anak murid cikgu dulu

Nampak? Licin!

Alhamdulillah kenyang makan. Tq sebab masih ingat cikgu 😄

Ni muka masa tengah menunggu makanan sampai. Cikgu pilih makan dalam bilik berhawa dingin

Muka happy dapat makan dalam ekon

Tengah amik order produk Asmak. Eh 😆

Jumlah keseluruhan kami makan malam tu tak sampai rm80 tapi memang kenyang ya amat. Anak-anak siap tertidur dalam kereta. Padahal tak jauh mana pon 😆

Secara keseluruhannya cikgu bagi restoren ni 4.7 bintang. Syabas!

Kalau hangpa mai Teluk Intan, wajib singgah restoren ni tau. Menu siang dan malam dia berbeza tapi kedua-duanya ada keunikan dan tarikan tersendiri. Istimewa lagi, pemilik restoren ni adalah bekas pelajar sekolah cikgu mengajar sekarang ni iaitu SMK Sultan Abdullah. Tumpang bangga 😄

Kegembiraan sebenar adalah apabila dapat membahagiakan orang yang kita sayang 😍

0135819100 Cikgu Basariah
REVIEW RESTOREN: NASI DULANG PYORR TELUK INTAN REVIEW RESTOREN: NASI DULANG PYORR TELUK INTAN Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Ogos 28, 2019 Rating: 5

3 ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.