Seo Services

Kenapa ada ibu tak sanggup menyusu bayi sehingga 2 tahun?

Assalamualaikum

Selain masalah payudara bengkak, tak cukup susu, susu keluar sedikit, bayi tak mahu menyusu, satu lagi perkara yang buat ibu trauma nak menyusukan bayi adalah masalah puting melecet. Rasanya terlalu menyakitkan sehingga ada ibu yang decide dah taknak menyusu baby lagi!

Sebab utama puting jadi melecet adalah semasa ibu nak bagi bayi menyusu, ibu letak bayi dalam posisi yang salah.

Teknik penyusuan yang tak betul pun boleh jadi punca puting melecet.

Ada juga sesetengah ibu mengalami Ekzema puting dimana puting menjadi merah kehitaman, meleleh, gatal, dan bengkak.

Bila puting melecet, kalau boleh jangan hentikan penyusuan. Teruskan penyusuan macam biasa menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke payudara.

Tidak perlu sapu losyen atau sebarang minyak pada puting yang melecet.

Boleh titis dan sapu sedikit susu badan pada puting yang luka.

Jika keadaan berterusan atau semakin teruk, dapatkan rawatan doktor segera.
.
.
.

Cara nak cegah puting melecet?

1. Posisi ibu dan teknik meletakkan bayi ke payu dara MESTI betul. Posisi yang betul adalah :

▫️Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
▫️Kepala dan badan bayi lurus.
▫️Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
▫️Ibu boleh memegang bayi dengan berbagai cara asalkan selesa.

Tanda – tanda pelekapan yang salah :

▫️Puting leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
▫️Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
▫️Payu dara membengkak.
▫️Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.

2. Jangan menggunakan bra yang diperbuat dari bahan sintetik kerana ia meningkatkan pengeluaran peluh dan kurang aliran udara.

3. Jangan menggunakan pelindung plastik pada payu dara kerana ia tidak meresap peluh.

4. Jangan bersihkan payudara guna sabun kerana boleh mengeringkan kulit. Hanya guna air sahaja sudah memadai.


Kredit Pic : The Asian Parent

#MisiLara

Ibu ada masalah kurang susu? Ayuh berikhtiar dengan madu kurma merah dari Asmak. In shaa Allah membantu
0135819100 Cikgu Basariah
Kenapa ada ibu tak sanggup menyusu bayi sehingga 2 tahun? Kenapa ada ibu tak sanggup menyusu bayi sehingga 2 tahun? Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, September 22, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.