Seo Services

Review restoren : Kelapa leleh Kampar

Assalamualaikum

Hai korang 😘

Dalam perjalanan pulang ke Teluk Intan selepas kami sekeluarga ke LWOT baru ni, kami singgah solat di Kampar. Asalnya nak solat kat masjid, sekali tengok ramai orang. Rupanya ada ceramah Ustazah Norhafizah Musa. Makanya kami solat di Giant sahaja.

Punyalah lapar sebab makan ringan-ringan je dalam LOWT tadi, kami amik keputusan singgah dan makan di salah sebuah restoren viral kat Kampar ni. Restoren Kelapa Leleh.

Sampai je ke restoren, tempat hampir penuh. Cikgu pilih salah sebuah meja. Sebenarnya tak berapa sesuai untuk makan tapi duduk je la dlu. Tak lama duduk, terus staf dia datang bagi kertas dan buku menu. Sementara tu, meja sebelah tetiba dah selesai makan, maka kami pon berubah tempat.

Selepas hampir 5 minit memikir menu, kami pon order. Cikgu order set yang untuk 2-3 orang makan berharga rm25 dan nasi rainbow ayam blackpaper. Dalam fikiran cikgu, cukupla kot untuk kami berlima. Pastu order air epal untuk razin dan rafif. Aiskrim kelapa dan stroberi coklat pula untuk cikgu, suami cikgu dan nurin. Air kosong ada disediakan. Cuma bangun dan ambil sendiri.















Tagline dah best dah 😂

Menanti dalam kelaparan. Mujur air sedap dan banyak

Ais kelapa yang tak mencapai piawaian kesedapa sepatutnya 😅

Aiskrim stroberi coklat ni pula rasa macam ubat batuk sikit-sikit



Big bos masih mampu tersenyum masa ni. Selepas 30 minit muka udah masam 😂

Ni lah nasi rainbow blackpaper tu. Rasa biasa-biasa je. Letak sesiap Minyak Herba Asmak atas meja. Perut dah masuk angin boleh sapu 😁

Nurin pon dah tak dok diam

Ni la dia set yang rm25 untuk 2-3 orang makan tu. Macam untuk seorang makan juga. Huhu. Langsung tak menepati piawaian. Big bos dah stress terus tak nak makan bagi anak-anak je makan.

Lama juga masa menunggu makanan untuk sampai. Sementara menunggu tu ada diorang bagi keropok untuk kudap-kudap. Not bad la. Pastu ada kedai sebelah tu letak sata satu seringit. Kalau makan, bayar je la. Dah lapar, makan la dlu. Bijak marketing dia! 😂

Air dan aiskrim sampai awal. Setengah jam baru sampai nasi rainbow black paper. Lagi setengah jam pula baru sampai nasi yang untuk 2-3 orang makan. Mengecewakan sebab kuantitinya tak sebanyak yang digambarkan. Dari segi rasa, bagi cikgu biasa-biasa sahaja. Nasi rainbow tu ala-ala nasi goreng warna warni yangbdigoreng dengan rencah secukup rasa je. Aiskrim kelapa pon macam yang biasa dibeli di kedai. Tiada faktor 'wow'nya.

Kami masuk kedai dalam jam 8.30 malam dan selesai dalam jam 10.30 malam. Sepanjang menanti tu, cikgu perhatilan ada beberapa meja yang makanan sampai lambat. Akhirnya muka pelanggan pon dah masam dan ada yang buat keputusan bungkus sahaja makanan.

Buat pengusaha restoren, semoga review ini dapat membantu dalam menambah baik perkhidmatan pada masa akan datang. Baiki rasa, baiki kuantiti makanan serta perkhidmatan yang lebih pantas. Pelanggan tak kisah bayar selagi perkhidmatan terbaik.

Kalau korang ada tempat best nak cikgu review bagitau ye. Review ikhlas dari hati 😘


Berminat cari produk Asmak? Mai pm cikgu.
0135819100 Cikgu Basariah
Review restoren : Kelapa leleh Kampar Review restoren : Kelapa leleh Kampar Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, September 10, 2019 Rating: 5

5 ulasan:

  1. Aduhai, ni yang dikatakan indah kkhabar dari rupa. Ai is keciwa la gitu kan.. Ingat ok.. Menu banyak, rupa nye... Jeng.. Jeng..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tula..frust jugak. Memang ada baca review tak best tapi ingat dah insof. Rupanya tak juga lagi. Haha

      Padam
  2. Kita kalau nak tunggu lama, mesti nak hasil yg wow factor tu..

    BalasPadam
  3. Hurmmm.. Gambar aiskrim tu dah cukup menggoda dah tu. Sedap idok?

    BalasPadam
  4. Sungguh mengecewakan,Indah kabar dari Rupa.

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.