Seo Services

Review Gold Coast Morib Banting

Assalamualaikum

Minggu ni cikgu sekeluarga bersama lagi 4 keluarga teman sekolah berpeluang meluangkan masa cuti bersama di Gold Coast Morib.

Dengan bantuan sahabat cikgu Rafidah, kami dapat tempah bilik yang besar, siap ada jakuzi serta percuma pula 4 tiket masuk ke taman tema air dan sarapan untuk dua orang pada harga rm200 sahaja semalam. Memang berbaloi-baloi!

Bayaran taman tema ni boleh tahan juga kalau nak masuk. Dewasa rm25, kanak-kanak rm18.



Satu yang best kat taman tema ni, ramai dia punya pengawal air. Pada jam 10 pagi camtu akan ada mandian buih. Seronok budak-budak ni main buih. Mama pon tumpang sekaki. Haha.

Berebut-rebut orang dok depan meriam buih nak tunggu kena tembak dengan buih sabun. Budak-budak paling seronok
Puas berendam dalam ni. Kolam dia pula ada bahagian cetek ada bahagian yang dalam sikit. Maka, penting untuk ibu ayah pastikan juga kawal keselamatan anak-anak. Janganlah harap pengawal semata-mata.

Cikgu pon dapat merasa naik gelongsor dia. Pening juga rupanya naik gelongsor ni eh 😝

Bersama-sama member sekolah rakan percutian. Belakang cikgu tu Ustazah Hasliza, tengah cikgu Mastura dan hujung kanan cikgu Rafidah

Eh ada orang candid 😝

Nurin nangis sebab air masuk hidung

Okies dah cukup korum. Pakai baju renang hitam tu cikgu Naziatul


Nurin yang sangat happy
Sarapan pagi menu Malaysia. Pagi hari pertama dapat nasi lemak, sambal dan menu-menu lain macam mee goreng, pasta goreng, sosej, nugget, moi sup. Hari kedua berubah nasi goreng, kotew dan yang lain lebih kurang sama. Rasa makanan boleh tahanla. Roti bakar, baked beans dan lain-lain menu tipikal hotel tu ada la.



Menu sarapan cikgu hari kedua

Dari tempat makan boleh tengok pemandangan taman air

Disebabkan kupon sarapan dapat untuk dua orang je, untuk hari pertama suami cikgu dengan Razin je sarapan. Hari kedua baru cikgi dan suami pula. Yang lain, kami belikan makanan di luar. Kedai makan banyak je sekitar hotel ni. Tapi kena naik kereta la.

Untuk makan malam hari pertama, kami makan di beach bar sahaja. Walk in sahaja di situ. Untuk dewasa rm18, kanak-kanak rm10. Nurin makan free.

Menu malam tu, ayam goreng kunyit, daging masak merah, kari udang, pasta goreng, kek, agar-agar kopi dan air oren.

Kat sini boleh juga buat pilihan untuk steamboat. Harga rm39 kalau tak silap.


Sebelah beach bar ni, ada tempat untuk lepak keluarga. Ada orang sewakan kereta mainan dan terdapat aneka mainan lain. Harga boleh tahan la. Nurin main kereta elektrik rm15 untuk 20 minit dan percuma permainan sewaan giant bubble.

Disebabkan Nurin tak terer memandu, kena abang-abang dia tolong pandukan guna remote kontrol

Jam 9.30 malam setiap malam pula ada persembahan live orang tiup api tau. Akan diakhiri pula dengan bunga api guna pasir. Best sangat. Malam yang pertama tu, Razin siap jadi artis jemputan lagi 😝

Orang tiup api. Wow sangat! Teringat kenangan kat A Famosa hari tu.
Razin jadi STAR of the night. Haha. Cuak dia main api 😁

Puas main air, bila malam mulalah nak selesema dan batuk. Mujur mama dah standby teman sepanjang perjalanan ni ❤️

Belakang resort ni ada pantai tau. Korang boleh juga jalan-jalan di tepian pantai dan boleh juga menunggang kuda. Tapi kuda padi yang kecik je. Budak bolehla. Kalau mak atau bapak budak, senak jugakla kuda tu 😝



Menikmati keindahan sebelum matahari terbenam






Pemandangan dari bilik hotel. Berlatarkan hutan dan laut. Sangat menenangkan. Minyak Herba Asmak rakan perjalanan kami sekeluarga.
Stay tuned untuk review khas cikgu tentang salah satu restoren wajib korang singgah kat sini nanti.

See you soon! 😘

0135819100 Cikgu Basariah
Review Gold Coast Morib Banting Review Gold Coast Morib Banting Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Disember 02, 2019 Rating: 5

2 ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.