Seo Services

Review Tanah Aina Fareena, Bentong

Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai sudah kursus 2 hari Fb Ads. Sempat lagi bergambar beramai-ramai sebaik selesai kursus hari ni.

Nurin berkenan sungguh dengan gambar minyak ni. Cikgu pon rasa nak kidnap je satu 😜

Yeay dah tamat kursus! ❤️

Nak turun balik dah ni

Alahai, terlupa plak amik gambar dalam showroom Asmak ni. Sibuk dok amik kotak-kotak produk sampai lupa. Haha.

Selepas amik stok, kami diajak oleh Founder Asmak ke Tanah Aina. Beliau dah buat tempahan untuk kami dinner kat sana. Wah, tak sabar-sabar! 😍

Perjalanan dari Hq ke Tanah Aina ni lebih dari 30minit. Kebetulan hari hujan dan jalan sesak pula. Bercinta jugakla. Mujur tak terlepas. Uniknya restoran ni, parking dan restorennya di sebelah jalan yang berbeza. Jalan pula bukan jalan biasa. Highway! Jadi, kalau tak kena cara dan tak tau jalan memang akan tak jumpa la tempat parking untuk restoren ni. Mojurlah kami konvoi. Dalam jem dan hujan, sampai juga. Syukur 🌹

Excited sampai sini. Kena jalan kat jambatan ni. Kirinya sungai, kananya hutan. Best suasana hutan yang aman damai.

Cubaan selfie. Nurin mengada nak kena berdukung 🙄

Cantik sangat. Sejuk memang tak terkata la. Kena plak hujan. Segar giler udara sini. Laluan tu tak licin sebab ada karpet

Perut dah lapar. Menu plak sedap sedap semuanya

Nurin kena bersuap. Hilang la sket feel tapi habis gak sepinggan mama makan 😜

Ni dewan makan dia. Suasana yang ekslusif. Macam tak caya tengah hutan ada restoren secantik ni

Kami makan secara buffet. Menu memang semuanya terbaik!

Banyak pakej ditawarkan

Ni kaunter dia.

Cantik kan pemandangan dia. Lampu dia dan kayu yang dia gunakan semua ekslusif. 

Beratur pilih makanan. Ofkos cikgu cuba semua menu dia. Ikan talapia dia sedap. Langsung tak hanyir

Ada tempat untuk dating berdua lagi

Pemandangan dalam restoren. Ni semua team Asmak konker ni. Tq Founder belanja! 😇

Ni ikan telapia. Memang sedap. Ingatkan ikan merah. Lembut dan tak hanyir langsung.

Ayam pon ada. 

Ni Mok Gee. Agen Asmak kat Bentong ni

Muka lapaq tak sabaq nak makan. Haha

Antara anugerah yang diterima

Memang amat bersih. Berkilat-kilat restoren ni. Baru je abis makan, staf dia terus datang angkat pinggan

Ruang solat kat depan tu

Tandas dia dah macam tandas hotel. Nak mandi pon boleh.

Ruang menunggu dan bersantai. Disebabkan kami sampai malam, nyamuk pon boleh tahan banyak dah kat luar ni 😂

Laluan ke tandas yang ekslusif

Lagi gambar di dalam ruang surau. Sini rasanya boleh jadi dewan makan juga

Bergambar kenangan 😀

Berkaitan harga makanan, cikgu tak boleh komen sebab tak sempat tengok buku order dia. Tapi untuk team Asmak makan malam ni, total hampir RM3k kata founder. Tq founder Asmak suami isteri sudi belanja kami semua makan kat tempat ekslusif ni. Tak sesia datang jauh-jauh 😍

0135819100 Cikgu Basariah
Review Tanah Aina Fareena, Bentong Review Tanah Aina Fareena, Bentong Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Disember 15, 2019 Rating: 5

3 ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.