Seo Services

Bersediakah kita?

Assalamualaikum

ENAM AMALAN KEWANGAN PERIBADI

Wabak COVID-19 membuktikan pesanan ini boleh dipakai.

1. Amalkan “delayed gratification,” tangguhkan dulu kesenangan. Usah pergi umrah atau melancong dengan berhutang — walaupun menggunakan skim pinjaman “Islamik.”

2. Berbelanja di bawah kemampuan. Sekiranya kita mampu makan di hotel lima bintang, makan di restoran biasa cukuplah. Walaupun kita ada duit untuk beli kereta RM200,000, kita beli kereta RM120,000 pun cukup. Ada duit lebih, simpan.

3. Beli barang rumah seperti perabot atau smartphone secara tunai. Elakkan pinjaman peribadi atau guna kad kredit untuk kenduri kahwin. Kadar faedah tinggi, dan dalam banyak kes, 30-45% bayaran balik adalah untuk faedah (interest). Inilah punca kenapa sebahagian kita tak pernah cukup duit.

4. Siapkan sekurang-kurangnya enam bulan simpanan kecemasan. Kalau dapat lebih banyak, lebih baik.

5. Selesaikan semua hutang secepat mungkin, termasuklah hutang peribadi. Apabila kita tak ada hutang, kita akan lalui krisis seperti COVID-19 dengan lebih tenang.

6. Usahakan untuk ada “second revenue stream.” Sebagai contoh, walaupun kita ada pekerjaan bergaji tetap, buat bisnes sambilan. Sebagai contoh, jadi reseller produk yang anda suka.

Apakah rasional saya kata bisnes perlu bersedia tiga (3) bulan tanpa pendapatan, dan enam (6) hingga sembilan (9) bulan untuk pulih?

1. Sehingga kini belum ada lagi vaksin atau ubat untuk COVID-19.

2. WHO kata ada 70 syarikat sedang bangunkan vaksin di seluruh dunia. Yang paling cepat mungkin Hong Kong/Beijing.

3. Syarikat Johnson & Johnson yang dapat geran US$450 juta dari kerajaan di sini beritahu vaksin akan boleh digunakan awal 2021.

4. Selagi tak ada vaksin atau ubat, saya tak fikir bisnes akan kembali beroperasi seperti “biasa.”

5. Bisnes akan kembali beroperasi selepas orang “terkejut” selama tiga (3) bulan, tetapi ia berjalan terhenjut-henjut.

13. Dalam tempoh enam (6) hingga (9) bulan selepas itu, barulah bisnes boleh berjalan cepat sikit. Nak mudah faham, cuba lihat orang bedah lutut.

Kredit: Tuan Norizan Bin Sharif

Semoga kita semua terus kuat menghadapu gelombang ini.



0135819100 Cikgu Basariah
Bersediakah kita? Bersediakah kita? Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, April 14, 2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.