Seo Services

Our New Baby

Assalamualaikum

Memperkenalkan..

Ahli keluarga baru Asmak yang terkini.

Alkisahnya, ketika ke Sabah sebelum PKP saya sibuk mencari handwash saiz kecil yang senang nak dibawa ke sana sini.

Maklumlah bila travel kita nak sesuatu yang mudah guna dan saiz kecil.

Nak jadikan cerita dari Sabah, sampai balik Pahang puas saya cari hanya ada yang besar gedabak untuk guna dalam rumah tu.

Bila ke kedai makan dan setengah tempat tertentu, sabunnya warna-warni di Aidilfitri dan cair gitu. Nampak sangat dah campur air sebab nak jimat.

Kalau yang dalam bentuk sabun buku tu pulak dengan kering dan ciput je saiz yang tinggal. Tak puas hati.

Kan senang kalau ada dalam beg satu, hulur je tangan dalam beg dan guna terus.

Tak perlu guna dah yang kedai punya.

Dan bukan semua tempat ada pun sabun ni. Dan saya perhatikan bukan semua antibacterial tau. Ada yang wangi-wangi dan berwarna - warni je.

Sebab itulah saya terpanggil untuk buat Antibacterial Handwash by Asmak ni.

Apa yang penting, ada kelulusan NOT oleh KKM.

Sebenarnya lama dah mula buat tapi kita tak bagitahu sebab risau bila orang nak barangnya belum ada.

Insyaallah kami akan turut sama  cuba untuk mendidik masyarakat supaya cakna dengan penggunaan sabun.

Apa yang bestnya Antibacterial Handwash by Asmak ni mengandungi lemon essential oil dan diperkayakan dengan Vitamin E.

Sesuai dan bagus untuk anda yang nak memelihara tangan supaya terus lembut dan licin.

Bagi yang guna sanitizer bila di luar sampai rumah boleh cuci guna handwash ni.

Lagipun membasuh tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Mungkin ramai masih belum tahu cara terbaik untuk membasuh tangan dan mungkin selama ini cara anda lakukan itu salah.

Masa yang sebaiknya diambil untuk membasuh tangan dengan sempurna adalah 20 saat atau lebih sekiranya mencuci tangan dengan sabun dan air.

Kebanyakan beranggapan membasuh tangan dengan mengalirkan air paip saja sudah mencukupi, namun tanggapan itu tidak benar sama sekali kerana sabun diperlukan dan geseran ketika menggosok tangan dapat membuang bakteria yang hadir daripada tangan kita.

Membersihkan tangan dengan betul dapat mengawal kebanyakan penyakit yang boleh tersebar menerusi sentuhan, malah amalan berkenaan adalah vaksin terbaik untuk setiap individu.

Sekarang dah ada pek kecil untuk anda yang sering keluar.

Bukan itu sahaja, siapa nak cuba guna dalam rumah pun boleh.

Kredit: Founder Asmak, Puan Nfam

#OurStory #AntibacterialHandwashbyAsmak

Handwash 60ml rm15, 125ml rm24

Berminat nak dapatkan handwash ni? Roger no cikgu kat bawah ni ye.😄

0135819100 Cikgu Basariah
Our New Baby Our New Baby Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, April 16, 2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.