Seo Services

Resepi Biskut Ala Famos Amos

Assalamualaikum

Dah lama cikgu teringin nak buat biskut ala-la Famos Amos yang glamer tu. Rezeki kali ni jumpa resepi yang mudah sangat dan yang pasti serius sedap rasa dia.

Jom kita tengok bahan dan cara nak buat dia.

BISKUT CIP COKLAT ALA FAMOS AMOS


Bahan A

250g mentega (cikgu guna jenama buttercup je)
1 1/4 cawan gula perang (cikgu guna yang jenis halus)
1 sudu besar esen vanila
1 biji telur

- Semua bahan A di atas dikacau sahaja sehingga rata guna senduk kayu.

Bahan B

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 sudu besar soda bikarbonat
1/2 sudu besar baking powder
6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat

- Semua bahan B dicampur dengan bahan A gaul sebati. Akhir sekali baru masukkan cip coklat.

Adunan ni simpan dan peti sejuk dalam 30 minit.

Lepas setengah jam, keluarkan dan susun atas loyang. Pastikan jarak-jarak. Kalau suka saiz kecik, letak kecik je. Cikgu suka saiz besar ala-ala chipsmore.



Bakar suhu 150 darjah dalam masa lebih kurang 20 minit ikut oven masing-masing. Cikgu guna api atas bawah. Dekat nak masak tu, kalau nak gelapkan sket atas dia guna api atas.

Siap!

Adunan ni cikgu dapat dua balang penuh. Yang satu separuh dah kena ngap 😹

Selamat mencuba 😘

0135819100 Cikgu Basariah
Resepi Biskut Ala Famos Amos Resepi Biskut Ala Famos Amos Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mei 07, 2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.