Seo Services

Resepi Biskut Paling Senang Buat

Assalamualaikum

Dah siap buat ketupat dan rendang ke tu? Esok dah nak raya.

Kalau ada lagi yang nak buat biskut, meh cikgu kongsi resepi biskut paling senang nak buat dan kompom jadi.

BISKUT FLORENTINE

Bahan-bahan

500 gm tepung florentine
500 gm badam keping
200 gm kuaci hijau
200 gm kuaci putih
50   gm bijan hitam
50   gm bijan putih

Caranya

1. Bakar kekacang seketika dlm 10 minit
2. Biarkan kekacang sejuk
3. Gaul semua kekacang bersama tepung Florentine
4. Masukkan sesudu bahan yg telah digaul ke dalam paper cup.
5. Bakar selama 15 minit suhu 170°
6. Bila sejuk boleh keluarkan dari paper cup.
7. Bila betul betul sejuk baru simpan dalam bekas.


Selamat mencuba.
Resepi ni cikgu jumpa kat fb dan cikgu buat memang betul jadi. Bahan-bahan plak bagitau je kat kedai pastry memang depa dah tau sukatan. Modal dalam rm50+ dapat 3 balang tutup bulat dalam anggaran 300pcs. Bergantung ketebalan masing-masingla ye.

Sedap makan biskut ni. Krup krap krup krap tak sedar diri 😹

Ok, jom cekidout video step by step cikgu ajar ni.


Mencari penawar asma, semput, batuk dan stevia pengganti gula? Hubungi je nombor bawah ni ye.
0135819100 Cikgu Basariah
Resepi Biskut Paling Senang Buat Resepi Biskut Paling Senang Buat Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Mei 23, 2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.