Assalamualaikum
Siapa kat sini tak guna gula?
Macam mustahil kan?
Kita mesti nak ada rasa manis gak dalam masakan kan?
Tau dak sejarah gula? Jom kita cekidout!
Gula dalam sejarah dunia
Sebelum kita berbincang tentang perbezaan antara gula perang dan juga jenis-jenis gula yang lain, mari kita imbau kembali sejarah gula dalam peradaban manusia.
Di benua Asia, gula mula dihasilkan di sub-benua India sejak zaman purba. Dari situ, penyebarannya mula berlaku sehingga ke Afghanistan masa kini. Penting untuk diingatkan bahawa gula bukanlah sesuatu yang mudah didapati mahupun murah ketika zaman purba.
Malahan, di kebanyakan bahagian-bahagian lain di dunia ketika itu, pemanis utama yang digunakan adalah madu. Asalnya, manusia awal mengunyah tebu demi mendapatkan rasa manis gula di dalamnya.
Mujurlah untuk penduduk Asia Tenggara dan sub-benua India, tebu merupakan spesis tumbuhan yang natif kepada kawasan tersebut, membolehkan penemuan ciri-ciri dan potensi tebu. Antara rujukan sejarah terawal berkaitan tebu boleh didapati dalam manuskrip Cina, dikatakan bertarikh sekitar abad ke-8 BCE.
Dalam tradisi perubatan tamadun India (Ayurveda), gula asalnya bukanlah sesuatu yang dikira penting sehinggalah mereka menjumpai kaedah untuk menukarkan gula daripada tebu menjadi granul kristal, memudahkan proses simpanan dan penghantarannya.
Gula dalam bentuk granul kristal ini mula ditemui pada zaman empayar Gupta sekitar abad ke 5 CE. Pelayar-pelayar India yang membawa mentega dan juga gula ini kemudiannya bertindak mengajar pelayar dan pedagang lain yang mereka temui dalam perjalanan mereka. Tidak lama kemudian, sami Buddha yang bermusafir pula membawa ilmu penghasilan gula ini ke tanah besar China.
Kredit : Hellodoktor
Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Artikel Oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Mencari penawar asma, semput, batuk, dan stevia pengganti gula? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah

Sejarah gula
Reviewed by Teacher Basariah
on
Sabtu, Jun 20, 2020
Rating:
Tiada ulasan: