Assalamualaikum
Ada yang bertanya. Macamana ye kalau saya tak suka rasa stevia tu? Ada ke pengganti lain yang sedap dan lebih baik dari gula putih?
Ok, cikgu ceritakan berdasarkan pengalaman cikgu sendiri. Sejak 5 tahun lalu memang jarang sangat dah cikgu beli gula. Andai cikgu beli pon biasanya cikgu akan beli gula perang, gula kabung atau gula nisan. Masa nak beli ni pon kena pilih berhati-hati. Banyak juga gula nisan atau gula kabung tiruan yang dicampur gula putih. Selain tu, cikgu suka gantikan gula dengan madu. Dan semestinya madu Asmak menjadi pilihan cikgu sekeluarga.
Ok, hari ni cikgu nak kongsi info tentang gula perang ye. Kenapa cikgu lebih suka guna gula ni daripada gula putih?
Apa itu gula perang ?
Gula perang adalah gula yang berteraskan sukrosa yang kaya dengan molases. Ianya boleh terjadi melalui beberapa cara sama ada tanpa proses tapisan, melalui sedikit proses tapisan dan mempunyai warna perang akibat sisa molases (gula perang semula jadi) ataupun ianya boleh dihasilkan dengan penambahan molases kepada gula putih komersil sedia ada di pasaran (gula perang komersil).
Majoriti daripada gula perang yang berada di pasaran adalah daripada kategori yang terakhir iaitu dengan penambahan molases daripada gula tebu kepada kristal gula putih yang ditapis di kilang. Gula perang yang disediakan dengan cara ini mempunyai tekstur yang lebih kasar berbanding gula perang yang tidak terhasil melalui cara ini. Molasesnya juga dapat dipisahkan dengan mudah daripada kristal gula putih dengan hanya membasuhnya.
Gula perang semula jadi
Gula perang semula jadi, gula mentah atau gula tebu penuh adalah gula yang mengekalkan sebilangan molases di dalamnya. Memandangkan terdapat lebih banyak molases dalam gula perang semula jadi, ianya mengandungi lebih sedikit nilai nutrisi dan juga kandungan mineral berbanding gula komersial biasa.
Sesetengah daripadanya mempunyai nama atau terma yang khusus dan juga ciri-ciri yang unik. Berdasarkan perbezaan ini, ianya boleh dijual dengan nama-nama seperti Turbinado, Demerara dan juga gula mentah jika ianya telahpun melalui proses centrifuge pada darjah yang tinggi. Turbinado, Demerara dan juga gula mentah ini dihasilkan daripada jus gula tebu separa meruap yang sudah menjadi kristal terlebih dahulu sebelum melalui proses centrifuge yang disebut tadi bagi membuang hampir kesemua kandungan molasesnya.
Jika ianya tidak melalui proses centrifuge pada darjah yang tinggi (atau tidak melalui proses penapisan), ianya akan mengandungi kandungan molases yang lebih tinggi dan disebut dengan pelbagai nama mengikut negara dan juga budaya serata dunia seperti Panela, Rapadura, Jaggery, Muscovado, Piloncillo dan sebagainya.
Kesemua gula yang disebut tadi dan juga gula perang gelap yang lain sama ada melalui proses centrifuge pada kadar yang minima, atau tidak langsung melaluinya. Lazimnya, gula daripada jenis ini dihasilkan di kilang-kilang kecil di negara-negara membangun di seluruh dunia kerana kebanyakan kilang kecil ini tidak mempunyai teknologi centrifuge ataupun vakum tahap industri.
Ia sebaliknya dididihkan dalam kuali panas menggunakan dapur kayu sehingga jus gula tebu mencapai kira-kira 30% daripada isipadu asal dan pembentukan kristal sukrosa mula berlaku. Kemudiannya, ianya akan dituang ke dalam acuan untuk mengeras atau dalam periuk penyejuk sebelum diketuk dan dipecahkan untuk menjadi bentuk pasir yang halus.
Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Artikel Oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Kredit : Hello Doktor
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu kalian membuat pilihan yang lebih baik untuk masa depan diri dan keluarga. Jom tukar! 😘
0135819100 Cikgu Basariah

Tiga jenis madu dalam Asmak yang menjadi pilihan cikgu. Setiap jenis ada kelebihan sendiri dan sangat membantu dalam penyediaan makanan atau minuman untuk keluarga ☺️ |

Selamatkah gula perang?
Reviewed by Teacher Basariah
on
Isnin, Jun 22, 2020
Rating:
Terbaik #TicerAyu
BalasPadamTerima kasih makcik
Padam