Seo Services

Tips bisnes sambil bekerja

Assalamualaikum

Sebagai seorang yang masih bekerja tapi dalam masa yang sama berniaga secara sambilan, ni 3 tips yang cikgu sentiasa amalkan

3 TIPS BERBISNES SAMBIL BEKERJA

Tips Pertama:

Utamakan kerja hakiki. Jangan tangguh kerja!Elak bawa pulang kerja ke rumah. Gunakan masa di tempat kerja sebaik mungkin untuk menyelesaikan segala tugasan. Sebaik pulang ke rumah, fokus kepada bisnes pula. Untuk bisnes Asmak ni, ambil order pada sebelah petang atau malam. Bagi pelanggan yang nak COD biasanya cikgu akan deal pada sebelah petang selepas tamat waktu bekerja.

Tips Kedua:

Buat To Do List. Setiap pagi ambil masa sekurangnya 10 minit untuk senaraikan semua perkara yang perlu diselesaikan pada hari tersebut. Kemudian, bahagikan tugasan tersebut mengikut tahap kepentingannya. Mana yang penting dan perlu segera diselesaikan, perlu diselesaikan terlebih dahulu. Jangan lupa letakkan dateline!

Tips Ketiga:

Ini merupakan tips terpenting. Jaga hubungan dengan Allah. Solat pastikan di awal waktu. Sesibuk mana pun, mesti pastikan solat diselesaikan dahulu sebelum perkara-perkara lain. In shaa Allah kerja dan bisnes akan lebih mudah, lancar dan tenang.

Selamat bekerja dan selamat berniaga! 😘



0135819100 Cikgu Basariah
Tips bisnes sambil bekerja Tips bisnes sambil bekerja Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Julai 15, 2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.