*BAYI ANDA KOLIK?*
Jika bayi anda menangis lebih daripada 3 jam dalam 1 hari, lebih 3 hari dalam seminggu, ia mungkin disebabkan masalah kolik (kembung). Pakar tidak dapat memastikan penyebab masalah kolik ini tetapi penyebab yang mungkin terjadinya masalah ini ialah kurang bersendawa, penyuapan makanan yang pantas, hormon dalam susu ibu, sistem penghadaman dan saraf si manja belum matang.
*Cuba cara berikut:*
1. Jika anda melakukan penyusuan susu ibu, elak pengambilan coklat, kafein, alkohol, makanan pedas, sayuran sejuk (kubis, brokoli dan bunga kubis)
2. Jika penyusuan dilakukan menggunakan botol, gunakan botol anti-kolik (anti-kembung).
3. Cuba balut atau bedung si manja dengan menggunakan kain. Ini kerana, bedung dapat membantu meredakan tangisan bayi dan menenangkan bayi yang kerap meragam.
4. Sapu minyak bayi atau minyak herba asmak dan lakukan urutan yang lembut pada abdomen si manja anda.
0135819100 Cikgu Basariah
Bayi anda kolik?
Reviewed by Teacher Basariah
on
Jumaat, Ogos 14, 2020
Rating:
Tiada ulasan: