Assalamualaikum
Alhamdulillah cuti baru ni cikgu berkesempatan meluangkan masa di Bentong. Program 2 dalam 1. Sambutan Hari Lahir Baby Asmak, Surfina yang pertama dan meeting KG1.
|
Bergambar depan pintu masuk dewan |
|
Semangat sat je pakai sarung mata tu |
|
Sebahagian yang masuk meeting |
|
Sambung pillow talk. Baby pon join 😹 |
Kali ni program mengambil tempat di Suria Hotspring Bentong.
Cikgu tempah tempat penginapan untuk 3 hari 2 malam. Melalui Agoda dapatla harga rm399.86 untuk 2 malam. Sarapan pagi tidak termasuk.
Perjalanan dari Teluk Intan ke lokasi resort mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit. Silap pula ikut jalan lama. Berpusing-pusing sikitla. Sempatla pening 😹
|
Ni bangunan utama resort |
|
Tempat parking. Bilik cepat penuh. Lambat tempah, memang tak dapatla. |
|
Kaunter pendaftaran |
|
Pemandangan pada waktu malam |
Cikgu dapat bilik bawah yang mengadap kolam. Ok, jem cekidout keadaan bilik cikgu dapat ni 👇🏾
|
Masuk tandas perasan paip sinki takde kepala. Mujur cepat customer servis dia datang repair. |
|
1 katil queen dan 1 katil single |
|
Shower je. Takde bath tub. |
|
Dalam laci bawah tv tu ada peti sejuk |
Cikgu dapat bilik yang ada 1 katil queen dan 1 katil single. Tiada tab mandi di dalam bilik air cuma shower panas/sejuk sahaja. Air memang laju dan puas hatila.
Ada 3 kolam dalam ni. Setiap penghuni bilik dibekalkan dengan 1 kad akses ke kolam. Masa kolam beroperasi bermula 7 pagi sehingga 10 malam. Puas hatila kalau hangpa nak berendam tu. Memang dekat sangatla kolam dengan bilik hotel.
Daripada 3 kolam tu, hanya 2 kolam air panas dengan kepanasan yang selesa untuk berendam. Takdela masak kulit. 1 lagi pula kolam air sejuk biasa yang dibahaikan kepada 2 kedalaman untuk dewasa dan untuk kanak-kanak. Di bahagian kanak-kanak siap ada pancuran air bentuk ala cendawan camtu. Seronok plak duduk bawah tu.
|
Kolam renang kanak-kanak |
|
Bilik kami memang mengadap kolam tapi cikgu bilik paling hujung dekat dengan cafe |
Satu yang tak best, resort ni jauh dari kedai makan. Pastu cafe pula tak dibuka untuk walk in. Pesanan pon diorang tak nak terima. Jadi, nak tak nak, samada kena keluar cari makan di sekitar pekan bentong yang terletak kurang lebih 15km dari situ atau bawakla bekal megi ke makanan untuk alas perut 😹
Selain kolam renang, ada juga padang permainan bersaiz kecil untuk kanak-kanak. Terletak agak tersorok di bahagian hujung resort.
|
Padang permainan yang agak tersorok |
|
Kemain seronok Mek Nurin boleh pegang stereng tu |
|
Kolam air panas sebelah je kolam kanak-kanak ni. Lupa pulak nak amik gambar rupanya. 😹 |
0135819100 Cikgu Basariah
Tiada ulasan: