Assalamualaikum
Alhamdulillah semalam cikgu berpeluang turun ke Ipoh bertemu dengan founder Asmak, Puan Norfazilah Abd Mohd dan team Asmak Utara. Banyak ilmu dan tips bisnes dikongsikan oleh founder kepada kami para pengedar Asmak.
Pertemuan berlangsung di Coffee House yang dimiliki oleh Hotel Casuarina. Disebabkan jarak dari Teluk Intan ke Ipoh ni bolehla tahan jauh melebihi 90 km dan mengambil masa dalam 1 jam 30 minit, jadi cikgu buat keputusan untuk tempah salah satu bilik kat hotel ini. Cikgu pon jarang turun jalan-jalan Ipoh ni. Jadi, inilah masanya sambil menuntut ilmu sambil kita jalan-jalan. Dua dalam satu katakan. Hehehe.
Makanan kat Coffee House ni boleh dikatakan ada banyak pilihan dan pada pendapat cikgu, harganya sangat berpatutan. Tidaklah semahal kebanyakan hotel lain. Kebetulan juga negara kita masih dalam fasa PKPP maka, harga bilik dan makanan murah daripada biasa. Banyak juga harga promosi yang diberi. Menu sarapan pagi disediakan pada harga hanya rm10 untuk makanan termasuk minuman. Buffet tidak disediakan buat masa ini sebagai langkah berjaga-jaga di musim Covid-19 masih berleluasa ini.
Pertemuan team Asmak bersama founder mengambil masa kurang lebih 2 jam. Seronok dapat bertemu pengedar dari daerah yang berbeza di Perak. Dapatlah kami bertukar-tukar fikiran untuk membantu meningkatkan prestasi bisnes selepas ini. Ada pengedar yang membawa ahli keluarga. Kelebihan hotel ini, ada banyak tempat bersantai yang membolehkan ahli keluarga menjalankan aktiviti lain sepanjang sesi perjumpaan berlangsung. Anak-anak cikgu sendiri meluangkan aktiviti suai tampal yang dianjurkan oleh pihak hotel. Aktiviti ini ditaja oleh pihak hotel secara PERCUMA sahaja. Best kan?
Terdapat juga perpustakaan di sebelah kiri lobi hotel. Sementara menanti, bolehlah ahli keluarga meluangkan masa untuk membaca pelbagai buku yang disediakan.
Selain itu, di hadapan hotel, tersergam luas Dataran Sultan Azlan Shah. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini dan dataran ini sangat meriah terutamanya di waktu malam. Hanya perlu berjalan kaki dengan jarak yang sangat dekat dari hotel.
Banyak tempat untuk beriadah di hadapan hotel. Semestinya bawak si kecik 10ml ni sekali. Hihi.
Pemandangan hotel dari Dataran Sultan Azlan Shah
Pemandangan subuh dari bilik ke Dataran
Sebahagian aktiviti malam. Meriah sebenarnya kat sini malam-malam.
Cikgu memilih untuk menginap di King Suite. Ada satu katil king dan bilik yang lebih luas. Jom tengok gambar bilik yang cikgu pilih.
Ni harga bilik yang cikgu tempah melalui aplikasi Agoda. Nama bilik: Studio Suite
Katil luas dan ada tv bertentang katil
Ada lagi satu ruang untuk lepak santai tengok tv. Anak-anak cikgu lepak ruang ni je. Nurin tidur atas kerusi tu je. Hihi. Ruang ni terpisah dari ruang tidur, so amanla sket anak-anak tak kacau bila cikgu nak rest.
Tandas dan bilik mandi pon luas. Tapi takdela tab mandi. Cuma ada shower ja.
Ni pula toiletteries yang dibekalkan. Banyak dan boleh kata lengkapla. Tak perlu risau terlupa bawak berus gigi sebab ada disediakan.
Nak cari makanan pon tak perlu risau banyak sangat kedai makan dan restoren sekitar hotel ni je. Malas nak keluar, boleh je tempah makanan di hotel untuk dihantar ke bilik.Lagi mudah😝
Makanan kat hotel ini semuanya halal tau. Sedap plak tu.
Secara keluruhannya, cikgu bagi Hotel ni 4.7 bintang! Recommended! ❤️🌹
Review Hotel Casuarina Meru, Ipoh
Reviewed by Teacher Basariah
on
Ahad, Oktober 25, 2020
Rating:
Tiada ulasan: